Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Pulanglah - Cerpen

Mesej Penulis : Baik, bab 7 belum siap lagi, jadi untuk buat blog ni tak kosong, bacalah cerpen ni. Bab 7 akan siap dalam masa beberapa hari. Enjoy! Pulang lah - Cerpen Teenagers    Nama aku Zahin. Aku berumur 18 tahun. Ok, mungkin agak runsing, kerana dalam novel aku 11 tahun. Ok, ini cerita mengenai bila Teenagers besar, ok? Ada banyak benda dah berubah. Salah satunya, Zamir. Tahu kenapa? Dia dah pergi. Dia dah keluar dari rumah kami. Korang semua tahu bila dan kenapa? Mari aku ceritakan.  2 tahun lepas...  Aku, Luqman dan Haikal berumur 16 tahun. Zamir 10 tahun, dia meningkat remaja, jadi, perangai dia berubah sedikit. Dia selalu mengelak daripada aku dan dia tak macam selalu. Tak seperti dia berumur 5 tahun dahulu. Aku rasa sedih dengan perangai dia. Pergi sekolah pun dia macam selalu duduk sendirian. Hal sekolah dia aku tak tahu sangat sebab aku di asrama. MRSM. Sehinggalah pada satu malam, kami buat misi bersama-sama. Yalah, ingat kami ini apa...

Ninja Muda Sekolah 6

Bab 6 : Di Mana Zahin?             Keesokan harinya, Zahin masih belum pulang. Puan Aminah pergi ke balai polis membawa sekeping gambar Zahin. Luqman, Haikal, Zulhaizy dan Zamir pergi keluar mencari Zahin. Haikal menunggang basikal BMX berwarna ungu gelap miliknya. Luqman dan Zulhaizy memakai kasut roda mereka. Zamir menaiki papan selajunya. Luqman mengarahkan Zulhaizy ke timur, dia ke utara dan Zamir dan Haikal ke barat.        "Kenapa asyik saya saja yang perlu bersama Zamir?" Tanya Haikal tidak puas hati.        "Saya tak nak bersama Zamir, dan saya ialah ketua." Jelas Luqman.        "Kalau macam tu, suruhlah Zulhaizy bersama Zamir." Cadang Haikal.        "Tak ada masa aku nak layan dia." Zulhaizy memberi alasan.        "Yalah." Akhirnya Haikal bersetuju.         "Baik, berseronoklah, awak berdua." Kata Luqman lalu pergi. Haik...

Ninja Muda Sekolah 5

Bab 5 : Kawan Atau Lawan? (Bahagian 2)    Kringg! Jam loceng berdering di tepi katil. Zahin nampaknya tidur nyenyak, tidak sedar akan jam loceng berdering berkali-kali di tepi meja tidurnya. Hari ini hari Jumaat, memang padanlah dia tidur sahaja. Akhirnya, dia bangun lalu mematikan jam loceng itu. Dia menguap kemudian dia melihat ke arah jam. Sudah pukul lapan pagi.       "Ya Allah! Aku dah lambat!" Jerit Zahin lalu segera mencapai kain tuala lalu bersegera ke bilik mandi. Setelah mandi, dia segera memakai kemeja-T berwarna merah kegemarannya, menyikat rambut dan segera turun ke bawah. Sebenarnya dia perlu berjumpa Zulhaizy pada pagi ini, tetapi dia tidur pula selapas solat subuh pagi tadi. Dia ke dapur lalu mengambil roti yang memang sudah tersedia di atas pinggan. Kemudian, dia berlari keluar rumah. Kasut Nike berwarna merah disarungkan ke kaki. Dia mengambil papan selaju miliknya lalu menaiki.        "Eh, Zahin! Nak pergi mana tu?...

Ninja Muda Sekolah 4

Bab 4 : Kawan Atau Lawan? (Bahagian 1)        Setelah beberapa hari Zamir dan Alif berkawan baik, masalah mula mendatang. Pergaduhan kecil diantara Haikal dan Hakimi telah menyebabkan pergaduhan besar diantara Teenagers dan Shadow Fighters.         "Kau tu yang cari pasal!" Jerit Hakimi.         "Mana ada! Kaulah!" Jerit Haikal.         "Alah, kau tu yang tak puas hati dengan aku!" Jerit Hakimi lagi.         "Kau tu otak udang tau tak!" Jerit Haikal.         "Kau tu lagi otak udang! Penakut, pengecut! Kecut macam belon!" Ejek Hakimi.         "Kau ni memang nak kena dengan aku!" Jerit Haikal. Kemudian, Zahin, Zulhaizy, Luqman, Afiq dan Shamil datang.          "Eh, kenapa ni?" Tanya Luqman.  ...

Ninja Muda Sekolah 3

Bab 3 : Persahabatan Bermula    Setelah tiga minggu Teenagers bersekolah di SK Taman Saujana, mereka semakin popular di sekolah. Semakin ramai pelajar yang mahu berkawan dengan mereka. Ini menyebabkan Shadow Fighters iri hati dan tertekan.     "Ini semua korang punya pasal !" Jerit Shamil kepada Alif, Afiq dan Hakimi semasa mereka berada di hadapan pintu pagar sekolah.     "Kau ni, Afiq. Tak boleh diharap. Dengan Zahin, budak yang kurus kering macam cicak kobeng  tu pun kau kalah." Kata Shamil lagi.     "Apa pula? Ini semua salah Hakimi lah." Bantah Afiq.     "Hei." Hakimi menarik muka masam.     "Apa, betullah? Kau tu tak pandai berlawan dan tak kuat macam aku." Afiq berlagak sambil mengangkat lengannya gaya menunjukkan otot.      "Berlagak, hei, aku ni, walaupun tak kuat. Aku berguna juga tau. Aku pandai. Tahu nak buat apa bila susah." Kata Hakimi. Mereka terus ber...

Ninja Muda Sekolah 2

Bab 2 : Hari Malang Zahin    Semua murid bergerak ke kelas masing-masing. Amanda mengeluarkan buku teks Bahasa Inggeris, kemudian dia pergi ke meja Intan. Luqman, Imani, Hai kal dan Zahin duduk di dalam satu kumpulan.    "Hei, Faizal. Ikhwan tak datang ke hari ni? Tak nampak pun batang hidung." Tanya Faris kepada Faizal.     "Entahlah." Balas Faizal.     "Ikhwan tak datang. Bentan. Selepas sunat, esoknya naik motor." Kata Hisham.     "Oh, patutlah. Padan muka dia." Kata Faizal. Tiba-tiba, Cikgu Aishah masuk ke kelas.     Setelah selesai berjawab salam dan membaca doa, semua murid dibenarkan duduk.     "Ada murid baru, eh? Abang yang pakai songkok tu, siapa nama?" Tanya Cikgu Aishah.     "Muhammad Luqman bin Hakim." Jawab Luqman.     "Panggil apa?" Tanya Puan Aishah.      "Luqman."  Balas Luqman pendek.     "Sebela...

Ninja Muda Sekolah 1

Bab 1 : Budak Baru   Cuti sekolah sudah berakhir. Minggu persekolahan tahun 2017 sudah bermula. Sekolah Kebangsaan Taman Saujana kelihatan lengang. Hanya beberapa orang guru dan murid sahaja yang baru tiba di sekolah. Diantaranya ialah murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5.   "Mana murid-murid sekolah lain? Kosong je." Kata Aida. Aida merupakan murid kelas Tahun 6 Aktif. Dia meletakkan beg sekolahnya di dalam kelas lalu dia pergi ke kantin untuk membeli makanan.Tiba-tiba, dia terasa bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh ke belakang lalu melihat Zaireen. Zaireen ialah pengawas sekolah. Dia juga murid kelas Tahun 6 Aktif. Kawan-kawan memanggil Zaireen dengan nama Zai.    "Zai rupanya, saya ingat siapa tadi. Selamat pagi." Ucap Aida.    "Selamat pagi." Balas Zaireen pendek.    "Seronok tak bercuti? Awak pergi mana?" Tanya Aida.    Mereka berbual mengenai cuti sekolah bulan November dan Disember. Kemudian, Adriana, Saleha dan Int...