Langkau ke kandungan utama

Ninja Muda Sekolah 2

Bab 2 : Hari Malang Zahin
   Semua murid bergerak ke kelas masing-masing. Amanda mengeluarkan buku teks Bahasa Inggeris, kemudian dia pergi ke meja Intan. Luqman, Imani, Haikal dan Zahin duduk di dalam satu kumpulan.
   "Hei, Faizal. Ikhwan tak datang ke hari ni? Tak nampak pun batang hidung." Tanya Faris kepada Faizal.
    "Entahlah." Balas Faizal.
    "Ikhwan tak datang. Bentan. Selepas sunat, esoknya naik motor." Kata Hisham.
    "Oh, patutlah. Padan muka dia." Kata Faizal. Tiba-tiba, Cikgu Aishah masuk ke kelas.
    Setelah selesai berjawab salam dan membaca doa, semua murid dibenarkan duduk.
    "Ada murid baru, eh? Abang yang pakai songkok tu, siapa nama?" Tanya Cikgu Aishah.
    "Muhammad Luqman bin Hakim." Jawab Luqman.
    "Panggil apa?" Tanya Puan Aishah.
     "Luqman."  Balas Luqman pendek.
    "Sebelahnya?" Tanya Puan Aishah.
    "Muhammad Zahin bin Muhammad Ali." Jawab Zahin.
     "Panggil?" Tanya Puan Aishah.
     "Zahin." Balas Zahin.
     "Saya Nor Haikal bin Roslan. Panggil Haikal je." Kata Haikal tanpa ditanya.
      "Yang sebelah Luqman tu sape?" Tanya Cikgu Aishah lagi.
      "Nur Syafirah Imani binti Hakim. Panggil Syaf." Balas Imani.
 .    "Oh, ok. Awak bertiga bukan adik-beradik eh?" Tanya Puan Aishah.
    "Bukan. Sepupu je. Syaf adik saya." Balas Luqman.
    "Korang kembar eh?" Celah Intan. Luqman mengangguk.
    "Siapa tak datang hari ni?" Tanya Puan Aishah.
    "Ikhwan, teacher." Jawab Intan.
    "OK, kelas. Keluarkan buku teks BI dan buka mukasurat 1. Aida, baca perenggan pertama." Arah Puan Aishah.
    Tidak lama kemudian, masa Bahasa Inggeris pun tamat.
    "Thank you, teacher." Ucap mereka. Puan Aishah melangkah keluar dari kelas Tahun 5. Cikgu Rahman tiada pada hari itu. Dia telah keluar ke PPD Kluang. Guru gantinya ialah Cikgu Diana. Namun, Puan Diana mempunyai kerja di bilik guru, jadi kelas Tahun 6 Aktif tiada guru yang menjaga atau mengajar. Sementara menunggu, murid-murid Tahun Lima berpesta di kelas. Ada yang berbual, ada yang menyiapkan kerja sekolah dan ada juga yang mengelamun sendirian. Zahin segera mengeluarkan gitar daripada beg gitarnya. Dia memainkan lagu 'Malam Ini Kita Punya' nyanyian Bunkface. Semua murid kaku dan diam mendengarnya.
Semua murid bertepuk tangan setelah Zahin habis memainkan lagu itu.
      "Terima kasih, terima kasih." Ucap Zahin. Kemudian, Faris masuk ke kelas.
      "Eh, aku ada terlepas apa-apa ke?" Tanya Faris.
      "Ada banyak yang engkau terlepas." Jawab Faizal.
     "Alah, Ha, Cikgu Rashidi suruh pergi makmal." Beritahu Faris.
      "Iya ke? Hari tu kau dah tipu kitaorang." Kata Intan.
      "Ya, aku tak tipu kali ni." Kata Faris.
      "OK, beratur semua." Arah Aida. Mereka beratur ke makmal komputer.
      "Ambil Netbook, buka Zoom-A." Arah Encik Rashidi sebaik sahaja mereka tiba di makmal. Mereka semua segera mengambil Netbook yang tersedia di dalam almari. Melihatkan Luqman, Zahin dan Haikal diam sahaja, Faris mengambil tiga buah Netbook untuk mereka.
       "Terima kasih." Ucap mereka bertiga serentak.
       "Sama-sama." Balas Faris. Mereka membuat latihan di Zoom-A.
Kringg! Bunyi loceng rehat berdering.
        "OK, tutup Netbook. Simpan balik dalam almari. Pergi rehat." Kata Encik Rashidi.
        "Terima kasih, cikgu. Selamat rehat, cikgu." Ucap semua murid.
Mereka semua berpusu-pusu turun ke kantin. Perlu cepat, kerana, seminit sahaja selepas loceng berbunyi, kantin akan penuh.
        "Korang nak makan dengan kitaorang tak?" Tanya Faris.
        "Tak apalah." Jawab Luqman.
        "OKlah. Daging, nasi goreng dan air cawan besar harganya seringgit." Beritahu Faris.
         "OK. Terima kasih, Faris." Kata Luqman. Mereka berpisah. Faris, Faizal, Hisham, Ammar dan Aiman pergi ke kantin manakala, Zahin, Luqman dan Haikal pergi ke kelas. Mereka bertiga mahu mengambil bekal makanan dan botol air. Luqman mencari bekal makanannya di dalam beg sekolahnya, Zahin dan Haikal segera keluar menunggu Luqman. Intan mahu mengambil bekal makanannya. Intan tergesa-gesa masuk lalu terlanggar Luqman. Bekas makanannya jatuh ke lantai.
    "Eh, sorry, sorry. Tak sengaja." Kata Intan lalu mengangkat bekas makanan Luqman.
    "Tak apalah, tak ada apa." Kata Luqman. Intan segera pergi ke tempat duduknya lalu mengambil bekal makanannya.
    "Awak Luqman kan?" Tanya Intan.
    "Haah, awak?" Kata Luqman.
    "Intan." Balas Intan.
    "Hoi, Captain America, cepatlah!" Tiba-tiba, Zahin menjerit.
    "Kejap. OKlah, saya pergi dulu. Dah bising dah dia tu." Kata Luqman lalu keluar dari kelas. Intan juga segera ke kantin.
    "Kau ni, buat apa tadi? Lama sangat." Rungut Zahin setelah Luqman sampai.
    "Lama ke? Kan baru tiga minit." Kata Luqman.
    "Lama." Kata Zahin.
    "Taklah."
    "Lama."
    "Taklah"
    "Lama!"
    "Taklah!"
    "Eh, sudahlah, jangan gaduh-gaduh. Tak habis-habis korang berdua ni." Imani cuba menenangkan mereka berdua.
   "Diam!" Jerit Zahin dan Luqman kepada Imani.
   "Dah, jomlah. Kita pergi rehat. Nanti habis waktu rehatnya." Kata Haikal. Luqman dan Zahin segera pergi ke kantin. Kedua-duanya menarik muka masam. Mereka memang begitu. Bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Haikal dan Imani cuma dapat mengeluh sahaja. Sejak kecil lagi, mereka telah tinggal bersama-sama setelah ibu bapa Luqman dan Imani meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Mereka baru berumur enam tahun semasa ibu bapanya meninggal. Ayah Haikal pula meninggal dunia akibat sakit jantung. Ayah Zahin pula hilang tanpa dapat dikesan. Jadi, mereka bertiga tinggal bersama ibu, adik-beradik dan datuk mereka.
  Setibanya di kantin belakang kantin sekolah, mereka duduk di meja bulat yang kosong. Ketiga-tiganya mengeluarkan bekal masing-masing. Luqman membawa nasi goreng. Haikal pula membawa nasi lemak. Imani tiada di situ, dia makan bersama Zaireen dan Neesa. Ketika Zahin membuka bekalnya, terdapat sehelai kertas yang tertulis, 'Minta maaf. Saya dah habiskan pizza awak. Daripada, Zamir.'
  "Hah!? Zamir!!!!" Jerit Zahin sekuat hatinya. Sudu Haikal terjatuh apabila Zahin menjerit.
  "Eh, ayam goreng sedap, yum...yum...yum. Eh." Haikal melatah. Semua murid yang berada di situ terdiam seketika. Kemudian, semuanya ketawa mendengar Haikal melatah.
  "Cepat makan, dah nak loceng." Kata Syaraf. Semua murid makan dengan pantas lalu pergi ke kelas mengambil berus gigi.
  "Hish, budak bertuah ni. Siap kau balik nanti." Kata Zahin lalu beredar Haikal dan Luqman yang masih makan. Luqman dan Haikal membiarkan sahaja Zahin pergi. Mereka perlu segera menghabiskan bekal makanan mereka. Zahin pergi ke kelas dengan perut yang lapar. Di sekolah lamanya, setiap murid perlu memberus gigi selepas makan. Jadi, semua murid perlu membawa berus gigi. Dia mengambil berus gigi dari tepi beg sekolahnya lalu pergi ke tempat memberus gigi. Kemudian, dia pergi beratur bersama murid-murid kelas tahun 5. Dari jauh dia terlihat Luqman dan Haikal datang ke arah mereka sambil membawa berus gigi untuk memberus gigi. Setelah mereka memberus gigi, mereka beratur. Kringg! Kemudian, loceng berbunyi. Menandakan waktu rehat telah berakhir. Encik Ariffin, selaku guru bertugas datang ke situ untuk memeriksa samaada murid-murid membawa berus gigi atau tidak. Setelah itu, semua murid dibenarkan masuk ke dalam kelas. Muka Zahin kelihatan masam sahaja. Luqman dan Haikal pula berseri-seri wajahnya.
Faizal mengeluarkan buku teks Matematik lalu pergi ke meja Faris. Zahin berasa marah lalu mengeluarkan sebiji gula-gula lalu mengunyahnya.
  "Ha, ada pun makanan." Kata Luqman kepada Zahin.
  "Alah, bukan kenyang pun." Balas Zahin tanpa melihat muka Luqman.
  "Sekurang-kurangnya boleh juga kau alas perut." Kata Luqman lagi. Haikal mengangguk. Zahin tidak menjawab sebaliknya dia mengeluarkan sebuah buku komik.
  "Itulah dia. Orang pujuk, dia pergi baca komik pula."  Kata Haikal.
  "Zahin, biasalah." Kata Luqman seraya mengeluarkan buku teks
Matematik. Kemudian, Puan Rafieah masuk ke dalam kelas. Semua murid bangun lalu memberi salam. Selesai berjawab salam dan membaca doa, mereka dibenarkan duduk. Puan Rafieah memulakan pengajarannya. Matematik ialah subjek kegemaran Haikal. Luqman juga suka akan subjek ini. Berlainan dengan Zahin, dia sukakan subjek Pendidikan Jasmani. Hari ini mereka belajar nombor hingga 1, 000000. Topik yang paling mudah bagi Tahun Lima. Puan Rafieah menulis beberapa soalan di papan hitam.
  "Aiman, tuliskan perkataan untuk nombor ni." Arah Puan Rafieah kepada Aiman.
  "Kacang je ni." Kata Haikal dalam hatinya. Aiman masih menulis jawapannya. Kemudian, Hisham dan akhirnya Ammar. Kemudian, Puan Rafieah beralih kepada tajuk tambah pula. Dia menulis beberapa soalan dihadapan. Dia memanggil Luqman dan Haikal. Mereka bangun dan menjawab soalan itu. Setelah itu, Puan Rafieah memanggil Zahin. Namun, Zahin tidak pergi ke hadapan. Puan Rafieah memanggil Zahin berulang kali. Haikal dan Luqman juga memanggilnya.
   "Zahin, jangan sampai cikgu datang sana." Kata Puan Rafieah.
   "Zahin!" Panggil Puan Rafieah.
   "Hah, jawapannya C, cikgu!" Kata Zahin dengan mata yang tertutup. Rupa-rupanya, dia telah tertidur. Puan Rafieah menyuruhnya membasuh muka di tandas. Zahin pergi ke tandas.
    "Hari ini memang hari malang akulah. Pagi tadi, Zamir masukkan lipas dalam beg, selepas itu, waktu rehat tak dapat makan. Tadi, tidur dalam kelas Matematik." Keluh Zahin semasa hendak pergi ke tandas. Kasihan Zahin. Setelah membasuh muka, dia kembali ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas, Shadow Fighters menghalangnya.
     "Aduh, korang lagi. Kalau tak 'memalangkan' lagi hidup aku tak ni lah ke?" Kata Zahin.
     "Pagi tadi, kau dah menang kan? Dengan tiga orang kawan kau tu. Mana diaorang? Dah lari pasal takut?" Ejek Afiq.
     "Takut? Daripada takut dengan korang, baik aku tidur, lagi nyaman." Balas Zahin.
      "Nak tidur? Boleh. Ikut kitaorang." Kata Shamil. Zahin membantah dan berjalan ke kelas. Namun, Afiq menarik kolar baju Zahin. Zahin tidak melawan. Zulhaizy memerhatikan kejadian ini dari tingkap kelas Tahun Enam. Sebenarnya, dia telah lama memerhatikan Shadow Fighters.
       "Habislah Zahin." Kata Zulhaizy.
Di Tahun Lima...
       "Mana Zahin ni? Pergi tandas ke buat tandas?" Tanya Haikal. Masa Puan Rafieah telah lama habis. Namun, Zahin masih belum muncul-muncul lagi.
       "Alah, biasalah Zahin tu. Selalu lambat. Sekejap lagi, baliklah tu." Jawab Luqman. Haikal mengangguk sahaja.
       "Hah, Zahin belum balik?" Tanya Faizal. Luqman membalas dengan anggukan.
        "Mana dia? Kena tangkap dengan hantu tandas ke?" Tanya Hisham pula.
       "Hantu tandas apa kau merepek ni? Mana ada hantu pagi-pagi." Kata Adriana. Semua murid Tahun Lima mula berkumpul di meja Luqman dan Haikal.
        Sementara itu, di belakang sekolah...
        "Kau ada lima ringgit?" Tanya Alif.
        "Lima ringgit? Takde. Seringgit pun aku takde. Tak bawa duit. Rehat pun aku tak makan." Balas Zahin.
         "Lah, kesiannya dia." Ejek Hakimi.
         "Kalau takde, bermula esok, setiap hari aku nak dua puluh ringgit. Kalau tak, siap kau kitaorang kerjakan." Ugut Shamil. Zahin kelihatan tenang sahaja mendengarnya. Kepalanya tertunduk, tangannya disilangkan ke dada.
          "Kau kena bawa dua puluh ringgit tu esok, kalau tak, bukan kau je, kawan-kawan kau pun akan kena, faham?" Kata Shamil lagi sehingga tersembur air liurnya. Zahin masih tenang. Kroih, kroih. Bunyi dengkuran Zahin. Rupa-rupanya, Zahin tertidur.
          "Kau boleh tidur masa aku bercakap!!!" Jerit Shamil penuh kmarahan.
          "Hoi, bangun!" Jerkah Afiq.
          "Ha, apa? Apa kau nak, pagi-pagi buta ni. Kacau aku tidur je." Kata Zahin dalam keadaan yang masih mamai.
          "Pagi buta apa? Dah nak tengahari butalah!" Jerit Hakimi.
          "Sabarlah, ye, aku bawa esok." Kata Zahin. Kemudian, Shadow Fighters menyuruh Zahin pulang kelas. Zahin membuka langkah ke kelas. Setibanya di kelas...
           "Ha, kau pergi mana tadi? Lama sangat." Kata Haikal.
           "Oh, pergi kedai tayar depan tu, pergi tandaslah, pergi mana lagi?" Balas Zahin.
           "Yelah, kau pergi tandas. Tapi, lama sangat, kenapa?" Tanya Luqman.
           "Cirit birit." Bohong Zahin.
           "Oh, OK." Kata Luqman.
           "Mana aku nak dapat dua puluh ringgit ni?" Tanya Zahin di dalam hati kecilnya.      
          
            Kringg! Loceng balik telah berbunyi. Semua pelajar pulang ke rumah. Zahin diam sahaja. Dia berfikir bagaimana mahu mendapatkan duit dua puluh ringgit itu. Kemudian, kereta Mercedez Benz Puan Aminah sampai. Zahin, Luqman, Haikal, Zamir, dan Inani masuk ke dalam kereta. Mereka pulang ke rumah. Di dalam kereta, Zahin banyak membisu. Dia masih berfikir, apa akan terjadi hari esok, bagaimana nak dapatkan duit. Mungkin dia akan dapat jawapannya.
          

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ninja Muda Sekolah 3

Bab 3 : Persahabatan Bermula    Setelah tiga minggu Teenagers bersekolah di SK Taman Saujana, mereka semakin popular di sekolah. Semakin ramai pelajar yang mahu berkawan dengan mereka. Ini menyebabkan Shadow Fighters iri hati dan tertekan.     "Ini semua korang punya pasal !" Jerit Shamil kepada Alif, Afiq dan Hakimi semasa mereka berada di hadapan pintu pagar sekolah.     "Kau ni, Afiq. Tak boleh diharap. Dengan Zahin, budak yang kurus kering macam cicak kobeng  tu pun kau kalah." Kata Shamil lagi.     "Apa pula? Ini semua salah Hakimi lah." Bantah Afiq.     "Hei." Hakimi menarik muka masam.     "Apa, betullah? Kau tu tak pandai berlawan dan tak kuat macam aku." Afiq berlagak sambil mengangkat lengannya gaya menunjukkan otot.      "Berlagak, hei, aku ni, walaupun tak kuat. Aku berguna juga tau. Aku pandai. Tahu nak buat apa bila susah." Kata Hakimi. Mereka terus ber...

Ninja Muda Sekolah 1

Bab 1 : Budak Baru   Cuti sekolah sudah berakhir. Minggu persekolahan tahun 2017 sudah bermula. Sekolah Kebangsaan Taman Saujana kelihatan lengang. Hanya beberapa orang guru dan murid sahaja yang baru tiba di sekolah. Diantaranya ialah murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5.   "Mana murid-murid sekolah lain? Kosong je." Kata Aida. Aida merupakan murid kelas Tahun 6 Aktif. Dia meletakkan beg sekolahnya di dalam kelas lalu dia pergi ke kantin untuk membeli makanan.Tiba-tiba, dia terasa bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh ke belakang lalu melihat Zaireen. Zaireen ialah pengawas sekolah. Dia juga murid kelas Tahun 6 Aktif. Kawan-kawan memanggil Zaireen dengan nama Zai.    "Zai rupanya, saya ingat siapa tadi. Selamat pagi." Ucap Aida.    "Selamat pagi." Balas Zaireen pendek.    "Seronok tak bercuti? Awak pergi mana?" Tanya Aida.    Mereka berbual mengenai cuti sekolah bulan November dan Disember. Kemudian, Adriana, Saleha dan Int...

Ninja Muda Sekolah 6

Bab 6 : Di Mana Zahin?             Keesokan harinya, Zahin masih belum pulang. Puan Aminah pergi ke balai polis membawa sekeping gambar Zahin. Luqman, Haikal, Zulhaizy dan Zamir pergi keluar mencari Zahin. Haikal menunggang basikal BMX berwarna ungu gelap miliknya. Luqman dan Zulhaizy memakai kasut roda mereka. Zamir menaiki papan selajunya. Luqman mengarahkan Zulhaizy ke timur, dia ke utara dan Zamir dan Haikal ke barat.        "Kenapa asyik saya saja yang perlu bersama Zamir?" Tanya Haikal tidak puas hati.        "Saya tak nak bersama Zamir, dan saya ialah ketua." Jelas Luqman.        "Kalau macam tu, suruhlah Zulhaizy bersama Zamir." Cadang Haikal.        "Tak ada masa aku nak layan dia." Zulhaizy memberi alasan.        "Yalah." Akhirnya Haikal bersetuju.         "Baik, berseronoklah, awak berdua." Kata Luqman lalu pergi. Haik...