Langkau ke kandungan utama

Ninja Muda Sekolah 6

Bab 6 : Di Mana Zahin?
   
       Keesokan harinya, Zahin masih belum pulang. Puan Aminah pergi ke balai polis membawa sekeping gambar Zahin. Luqman, Haikal, Zulhaizy dan Zamir pergi keluar mencari Zahin. Haikal menunggang basikal BMX berwarna ungu gelap miliknya. Luqman dan Zulhaizy memakai kasut roda mereka. Zamir menaiki papan selajunya. Luqman mengarahkan Zulhaizy ke timur, dia ke utara dan Zamir dan Haikal ke barat.
       "Kenapa asyik saya saja yang perlu bersama Zamir?" Tanya Haikal tidak puas hati.
       "Saya tak nak bersama Zamir, dan saya ialah ketua." Jelas Luqman.
       "Kalau macam tu, suruhlah Zulhaizy bersama Zamir." Cadang Haikal.
       "Tak ada masa aku nak layan dia." Zulhaizy memberi alasan.
       "Yalah." Akhirnya Haikal bersetuju.
        "Baik, berseronoklah, awak berdua." Kata Luqman lalu pergi. Haikal menoleh ke arah Zamir. Dilihatnya, dia telah membeli dua batang aiskrim berperisa coklat.
        "Nak?" Tanya Zamir seraya menyuakan sebatang kepada Haikal. Dia mengambil aiskrim itu.
        "Kita nak pergi mana?" Tanya Zamir apabila mereka telah berada di jalan raya.
         "Rumah Mak cik Nani." Jawab Haikal.
         "Kenapa?" Tanya Zamir lagi.
         "Ikut jelah." Kata Haikal. Zamir mengikut Haikal dari belakang. Haikal menekan loceng sebaik saja mereka sampai di depan rumah Mak cik Nani.
         "Assalammualaikum, Mak cik Nani." Panggil Haikal. Kelihatan seseorang membuka pintu. Senyuman Haikal mati apabila melihat orang yang membuka pintu itu ialah Malik, anak lelaki Mak cik Nani. Malik sememangnya tidak suka kepadanya. Haikal sudah cuba berkawan dengan Malik namun, Malik terlalu benci kepadanya, dan dia tidak tahu kenapa.
          "Kau nak apa?" Tanya Malik kasar.
          "Mak kau ada?" Tanya Haikal.
          "Kejap." Kata Malik lalu masuk ke dalam rumah. Dia ke dapur untuk memanggil ibunya.
          "Umi, Haikal datang." Kata Malik. Mak cik Nani segera ke pintu. Dia tersenyum memandang Haikal.
          "Nah, mak cik. Ibu bagi." Kata Haikal sambil memberi beg plastik yang berisi tiga bungkus nasi lemak.
          "Terima kasih." Ucap Mak cik Nani.
          "Sama-sama. Mak cik ada nampak Zahin tak?" Tanya Haikal. Zahin sememangnya terkenal dengan perangainya yang degil itu, dan juga hobinya bermain papan luncur dan bersukan. Pendek kata, Zahinlah raja sukan di taman perumahan itu.
          "Tak ada pula mak cik nampak dia, macam selalu." Kata Mak cik Nani.
          "Tak apalah, mak cik. Saya pergi dulu, ya." Kata Haikal lalu pergi. Mereka berdua meneruskan perjalanan. Haikal menelefon Zulhaizy.
         "Zul, kau ada jumpa?"
         "Tak." Zulhaizy menelefon Luqman.
          "Man, kau jumpa apa-apa?"
          "Tak." Luqman terus meluncur sehingga ke Kedai Runcit Qaseh. Salah seorang pekerja di situ, Kak Ani, sangat mengenali Luqman. Dia terlihat Luqman datang.
            "Luqman, semalam tak datang pun." Kata Kak Ani.
            "Alah, semalam Zahin pergi beli. Kak Ani ada nampak tak?" Tanya Luqman.
            "Ada. Semalam dia beli, selepas itu, dia balik. Kemudian, dia lalu kedai ni, ke depan sana tu." Kak Ani menunjukkan ke arah sesuatu tempat.
           "Oh, terima kasih, Kak Ani!" Kata Luqman lalu berlalu pergi. Kak Ani menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Luqman menelefon Haikal dan Zulhaizy.
            "Kawan-kawan, saya dah tahu! Jumpa di depan Kedai Runcit Qaseh!" Luqman menjerit keriangan. Tidak menunggu lagi, dia terus menutup telefonnya tanpa memberi peluang kepada Haikal dan Zulhaizy untuk berkata apa-apa.
           "Luqman ni kenapa? Mabuk ke?" Kata Haikal sebaik sahaja menutup telefonnya. Namun, dia dan Zamir terus ke Kedai Runcit Qaseh.
       "Pergi mana?" Tanya Zamir.
       "Luqman cakap jumpa di depan Kedai Runcit Qaseh." Jawab Haikal.
       "Ha? Ke sana pula? Alah, jauh lah, kalau tahu, baik Zamir duduk rumah sahaja." Ada nada mengeluh dalam kata-kata Zamir.
        "Dah, tak payahlah kau nak berkalau-kalau. Jom." Kata Haikal. Mereka segera ke tempat itu. Begitu juga Zulhaizy. Setibanya mereka bertiga di depan kedai runcit itu, Luqman memberi tahu apa yang diberi tahu oleh Kak Ani.
         "Kau rasa dia ke mana kalau ikut depan?" Tanya Haikal.
         "Entah, jom tengok." Kata Luqman. Zulhaizy dan Zamir mengangguk. Mereka berjalan sepanjang jalan itu. Semasa di tengah jalan, Zamir terjumpa sesuatu. Badge yang selalu dipakai oleh Zahin.      
            "Kawan-kawan." Panggil Zamir.
            "Ya, kenapa?" Kata Luqman, Haikal dan Zulhaizy hampir serentak. Zamir memberikan mereka badge itu. Haikal melihat badge itu.
             "Ini Zahin punya kan?" Kata Haikal. Mendapatkan kepastian.
             "Takkanlah kau lupa, tahun lepas kita beli seorang satu." Kata Luqman.
             "Ha'ah lah! Nyanyuk lah aku ni." Kata Haikal sambil menggosok kepalanya, malu. Zulhaizy, Luqman dan Zamir pula ketawa. Kemudian, mereka berempat pulang ke rumah untuk makan tengahari.
       
   Zahin membuka matanya. Kaki dan tangannya terikat. Dia terlihat beberapa orang sedang ketawa terbahak-bahak. Salah seorang daripada mereka perasan akan dirinya.
               "Wei, dia dah bangun." Kata salah seorang daripada mereka. Mereka mendekati Zahin. Shadow Fighters.
            'Aku dah agak!' Jerit hati kecil Zahin.
           "Bangun pun kau!" Sergah Shamil.
           "Ha, Alif. Kau pergi belikan nasi goreng." Arah Shamil.
           "Nasi lemak untuk aku!" Kata Afiq. Alif mengangguk lalu keluar dari tempat persembunyian mereka. Dia merungut sepanjang perjalanan.
           "Dalam ramai-ramai orang, asyik aku je kena buat itu, buat ini. Alif, pergi belikan nasi, Alif, belikan makanan. Tak sah kalau tak panggil aku." Rungut Alif. Dia pergi membeli nasi di kedai makan berdekatan. Dia duduk menunggu. Setelah membeli apa yang dipesan, dia pulang semula ke tempat persembunyian mereka.
            "Nah, nasi." Kata Alif seraya meletakkan sebuah beg plastik berisi bekas polisterina yang berisi nasi lemak dan nasi goreng itu di atas meja. Zahin dari tadi asyik bergerak ke sana sini, cuba melepaskan diri. Afiq agak rimas dengan Zahin.
            "Hoi, duduk diam-diamlah!" Jerit Afiq. Zahin mendiamkan diri. Dia mendengar kata Afiq bukan sebab takut, tapi kerana dia tahu, dia tidak boleh buat apa-apa sekarang ini.
             'Sabar jelah, Zahin.' Hati kecil Zahin berkata.

  Malam itu, Zahin tidur dengan perasaan yang sedih, inikah balasannya akibat dia degil dan tidak mendengar kata? Air mata lelakinya mengalir. Dan malam itu, entah pukul berapa dia terlelap ke alam mimpi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ninja Muda Sekolah 3

Bab 3 : Persahabatan Bermula    Setelah tiga minggu Teenagers bersekolah di SK Taman Saujana, mereka semakin popular di sekolah. Semakin ramai pelajar yang mahu berkawan dengan mereka. Ini menyebabkan Shadow Fighters iri hati dan tertekan.     "Ini semua korang punya pasal !" Jerit Shamil kepada Alif, Afiq dan Hakimi semasa mereka berada di hadapan pintu pagar sekolah.     "Kau ni, Afiq. Tak boleh diharap. Dengan Zahin, budak yang kurus kering macam cicak kobeng  tu pun kau kalah." Kata Shamil lagi.     "Apa pula? Ini semua salah Hakimi lah." Bantah Afiq.     "Hei." Hakimi menarik muka masam.     "Apa, betullah? Kau tu tak pandai berlawan dan tak kuat macam aku." Afiq berlagak sambil mengangkat lengannya gaya menunjukkan otot.      "Berlagak, hei, aku ni, walaupun tak kuat. Aku berguna juga tau. Aku pandai. Tahu nak buat apa bila susah." Kata Hakimi. Mereka terus ber...

Ninja Muda Sekolah 1

Bab 1 : Budak Baru   Cuti sekolah sudah berakhir. Minggu persekolahan tahun 2017 sudah bermula. Sekolah Kebangsaan Taman Saujana kelihatan lengang. Hanya beberapa orang guru dan murid sahaja yang baru tiba di sekolah. Diantaranya ialah murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5.   "Mana murid-murid sekolah lain? Kosong je." Kata Aida. Aida merupakan murid kelas Tahun 6 Aktif. Dia meletakkan beg sekolahnya di dalam kelas lalu dia pergi ke kantin untuk membeli makanan.Tiba-tiba, dia terasa bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh ke belakang lalu melihat Zaireen. Zaireen ialah pengawas sekolah. Dia juga murid kelas Tahun 6 Aktif. Kawan-kawan memanggil Zaireen dengan nama Zai.    "Zai rupanya, saya ingat siapa tadi. Selamat pagi." Ucap Aida.    "Selamat pagi." Balas Zaireen pendek.    "Seronok tak bercuti? Awak pergi mana?" Tanya Aida.    Mereka berbual mengenai cuti sekolah bulan November dan Disember. Kemudian, Adriana, Saleha dan Int...