Bab 1 : Budak Baru
Cuti sekolah sudah berakhir. Minggu persekolahan tahun 2017 sudah bermula. Sekolah Kebangsaan Taman Saujana kelihatan lengang. Hanya beberapa orang guru dan murid sahaja yang baru tiba di sekolah. Diantaranya ialah murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5.
"Mana murid-murid sekolah lain? Kosong je." Kata Aida. Aida merupakan murid kelas Tahun 6 Aktif. Dia meletakkan beg sekolahnya di dalam kelas lalu dia pergi ke kantin untuk membeli makanan.Tiba-tiba, dia terasa bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh ke belakang lalu melihat Zaireen. Zaireen ialah pengawas sekolah. Dia juga murid kelas Tahun 6 Aktif. Kawan-kawan memanggil Zaireen dengan nama Zai.
"Zai rupanya, saya ingat siapa tadi. Selamat pagi." Ucap Aida.
"Selamat pagi." Balas Zaireen pendek.
"Seronok tak bercuti? Awak pergi mana?" Tanya Aida.
Mereka berbual mengenai cuti sekolah bulan November dan Disember. Kemudian, Adriana, Saleha dan Intan tiba di sekolah. Mereka bertiga ialah pengawas pusat sumber sekolah.
"Selamat pagi, Nana. Selamat pagi, Intan." Sapa Saleha.
"Selamat pagi, Saleha" Jawab Intan dan Adriana hampir serentak. Mereka berjalan ke kelas bersama-sama sambil berbual mengenai cuti sekolah. Mereka meletakkan beg di sekolah di kelas. Intan mengeluarkan buku teks Bahasa Inggeris. Saleha pula pergi ke kantin untuk membeli nasi goreng. Adriana pula pergi ke tingkat 3 untuk membuka perpustakaan. Kemudian, Amanda pun sampai ke sekolah bersama ibunya, Aleeya dan Ameera. Amanda segera berlari ke kelas. Aleeya pergi ke kelas tahun 2. Ameera pergi ke prasekolah.
"Amanda, tolong teacher kejap." Panggil Teacher Aishah.
"Tolong apa, teacher?" Tanya Amanda.
"Tolong ambil kedatangan di pejabat." Jawab Teacher Aishah. Amanda mengangguk lalu pergi ke pejabat sekolah. Dia mencari buku rekod kedatangan tahun 6 Aktif. Semasa hendak keluar dari pejabat, dia terlihat empat orang budak lelaki dan seorang orang budak perempuan sedang berjalan bersama-sama.
"Siapa tu? Tak pernah nampak pun. Budak baru ke?" Kata hati kecil Amanda.
Amanda segera pergi ke bilik guru untuk memberi buku rekod kedatangan itu kepada Puan Aishah.
"Terima kasih, Amanda." Ucap Teacher Aishah.
"Sama-sama." Balas Amanda.
Tidak lama kemudian, beberapa orang murid tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 sampai. Kelihatan Ammar, Aiman dan Hisham berjalan bersama ke kelas. Kemudian Faizal dan Faris pun tiba. Faizal ialah pengawas pusat sumber. Faris pula ialah pengawas sekolah seperti Zaireen. Nabilla, mestilah yang paling lambat. Ikhwan sahaja yang tiada. Amanda turun dari bilik guru lalu pergi kelas.
Dalam perjalanan ke kelas, Amanda terserempak dengan Aida, Zaireen dan Saleha yang baru balik dari kantin. Aida mahu pergi ke kelas tahun 6 Cemerlang untuk berjumpa dengan Wani. Zaireen mahu pergi ke tapak perhimpunan. Saleha hendak ke kelas.
"Saleha, ada budak barulah." Beritahu Amanda.
"Ia ke? Mana? Lelaki ke perempuan?" Tanya Saleha bertubi-tubi.
"Empat orang lelaki, seorang perempuan. Seorang budak lelaki prasekolah, lagi empat orang, saya tak tahu."Jawab Amanda.

Tiba-tiba,empat orang murid kelas Tahun 6 Juara berjalan di hadapan semua orang. Semua murid segera berlari masuk ke dalam kelas, ada yang masuk tandas. Siapa yang berani waktu ni? Satu sekolah takut geng ni. Geng Shadow Fighters. Pembuli di sekolah. Siapa yang berkeliaran sekarang, memang habislah duit. Shadow Fighters memang, mereka akan buli mana-mana murid yang berkeliaran dan tidak berada di dalam kelas ataupun yang berada di hadapan mereka. Walaupun empat orang, semua tetap menyorok. Ketuanya, Shamil. Ketua kelas tahun 6. Penolongnya, Afiq. Orang kanan Shamil. Bendahari kelas tahun 6. Kuat. Hakimi pula, orang bijak Shadow Fighters. Ketua AJK Keselamatan kelas tahun 6. Yang terakhir, Alif, ketua AJK Keceriaan kelas tahun 6. Sejak tahun lepas, merekalah yang selalu membuli murid-murid di sekolah ni.
Aida mahu pergi ke kelas, namun, dia tahu, Shadow Fighter pasti akan menghalang. Dia pula tidak membawa duit. Jadi, dia memutuskan untuk duduk dahulu di tahun 6 Cemerlang. Di kelas tahun 6 Aktif, Amanda melihat ke luar tingkap.
"Takde cikgu lalulah pula. Macam mana ni?" Keluh Amanda.
"Mana semua orang? Kosong je." Kata Haikal.
"Entah." Kata Zahin sambil mengunyah gula-gula getah.
"Akupun pelik." Kata Luqman. Adik kembarnya, Imani hanya jalan terus ke kelas tahun 6 Aktif. Seperti tahu sahaja apa yang akan berlaku.
Hakimi perasan kehadiran mereka.
"Hei, Shamil, ada budak-budak baru." Kata Hakimi kepada Shamil.
"Ia ke? Bagus, tak sabar aku nak belasah budak ni." Kata Afiq.
"Nanti dulu, kita tunggu dulu." Kata Shamil.
Luqman, Zahin dan Haikal segera ke kelas tahun 6 Aktif. Semasa hendak masuk, Shadow Fighters menghalang laluan mereka.
"Hoi, ke tepilah! Orang nak lalu!" Jerit Zahin.
"Kau nak kitaorang ke tepi? Boleh. Tapi kau kena bayar." Kata Afiq.
"Bayar?" Tanya Haikal.
"Kenapa pula? Suka-suka hati je kau ni. Suka hati akulah tak nak bayar." Kata Luqman pula.
"Hahaha... Korang mesti budak baru kan? Korang tak kenal siapa kitaorang ni?" Kata Shamil.
"Ada aku kisah kau siapa?" Tanya Zahin.
"Betul tu. Minta maaflah, kitaorang takkan bayar walau sesen pun." Kata Luqman.
"Oh, tak nak bayar ye? Boleh, boleh. Tapi korang akan sakit." Ugut Hakimi.
Semua pelajar yang menyorok berasa takut. Mereka tahu apabila Hakimi berkata begitu, mereka akan membelasah orang yang dibuli. Zahin meniup belon menggunakan gula-gula getahnya. Kemudian dia meletupkannya dan membuangnya ke dalam tong sampah.
"Ia masa untuk aksi." Kata Zahin.
"Tapi, diaorang empat orang, kita tiga. Aku tak boleh lawan dua orang dalam satu masa." Kata Haikal.
"Kau tak perlu risau. Aku ada orang yang boleh tolong." Kata Zahin.
"Siapa?" Tanya Haikal dan Luqman.
"Akulah, siapa lagi?" Tiba-tiba, Zamir muncul di antara mereka.
"Eh, Zamir, bila masa kau sampai?" Tanya Zahin, Luqman dan Haikal serentak.
"Oh, ada seorang lagi. Budak kecil je rupanya." Kata Alif.
"Budak kecil!? Siap kau!" Jerit Zamir dengan geram.
"Oh, kau nak lawan? Marilah!" Cabar Alif.
Alif mengambil rantai besi yang berdekatan lalu menghalakan rantai itu ke arah Zamir. Namun, Zamir mengelak. Dia melompat ke belakang Alif. Dia berjaya merampas rantai besi daripada tangan Alif.
"BOOYAKASHA!" Jerit Zamir lalu memukul Alif. Haikal pula berlawan bersama Hakimi. Hakimi mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala Haikal. Namun, Haikal mengelak. Hakimi cuba menyerang Haikal sekali lagi namun Haikal menghilangkan dirinya dengan asap.
"Hah?! Mana dia?" Kata Hakimi. Matanya melilau mencari Haikal. Tiba-tiba, Haikal muncul dari belakang lalu memukul kepala Hakimi. Zahin pula berlawan dengan Afiq. Afiq mahu menumbuk Zahin. Namun, Zahin mengelak. Dia cuba menumbuk Zahin sekali lagi. Namun, Zahin mengelak lagi. Zahin melompat ke belakangnya lalu memusingkan tangannya ke belakang. Badan Afiq sudah terkunci.
"Ini adalah cara saya beraksi." Kata Zahin lalu menolak Afiq. Afiq jatuh terguling-guling.
"Dan itu adalah cara awak bergolek." Kata Zahin lagi. Semua murid terkejut. Tiada siapa boleh kalahkan Afiq semudah itu. Kini tinggal Luqman dan Shamil. Ketua lawan ketua. Mula-mula, Shamil cuba menumbuk Luqman, namun Luqman mengelak dan tiba-tiba, Luqman muncul di belakang Shamil. Ia berlaku berulang-ulang kali.
"Tolonglah, kau panggil tu serangan?" Tanya Luqman dengan nada mengejek. Shamil marah.
"Kau pernah buat ke benda ni?" Tanya Luqman lagi. Kemudian dia muncul di depan Shamil dan menumbuknya.
"Aduh!" Shamil mengadu. Namun, Shadow Fighters tetap bangun. Jadi, Luqman, Zahin, Haikal dan Zamir. Membuat serangan mereka. Pap! Pop! Pap! Bam!
Dan akhirnya, geng Shadow Fighters tumpas . Semua pelajar akhirnya keluar dari tempat persembunyian masing-masing. Zulhaizy, murid tahun 6 Cemerlang keluar dari kelas untuk bertemu dengan mereka berempat.
"Siapa korang ni? Hebat lah!" Kata Zulhaizy.
"Kami adalah Teenagers." Kata Luqman.
"Aku Luqman. Ketuanya." Sambung Luqman.
"Aku Zahin." Kata Zahin.
"Aku Haikal." Kata Haikal pula.
"Dan, mereka tinggal yang terakhir untuk yang terbaik, Zamir." Kata Zamir dengan bangga.
"Alah, lawan pun aku yang tolong. Main drum aku yang ajar." Kata Zahin.
"Alah, sikit je abang tolong. Kalau bunuh lipas, takde apa yang jadi. Nampak lipas kecil pun dah melompat-lompat." Ejek Zamir.
"Hah?! Mana ada!" Zahin cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Zamir itu.
"Yelah tu, kalau abang tak takut, abang mesti tak kisah Mir masukkan lipas dalam beg abang." Kata Zamir.
"Ye, abang tak kisah... kejap, apa? Kau masukkan lipas dalam beg aku!?" Tanya Zahin dengan terkejut sekali.
"Kata abang tak kisah, Mir masukkanlah. Seekor je. Eh, seekor ke? Seekor ke dua ekor eh?" Kata Zamir membuat mimik muka tertanya-tanya. Belum sempat Zamir menghabiskan ayatnya, Zahin telah melarikan diri ke tandas sambil menjerit. Haikal dan Luqman ketawa melihat telatah dua beradik itu. Murid-murid di situ juga ketawa. Kemudian, Zahin balik dari tandas dengan muka yang marah.
"Alamak, habislah kita." Kata Luqman dalam hatinya. Tetapi, dia masih ketawa bersama murid-murid lain.
"Kau ni Zahin, dengan lipas pun takut." Kata Luqman diselang-seli dengan tawanya.
"Hahaha." Ketawa Haikal. Muka Zahin merah menahan marah.
"Don't make me hurt your faces!" Jerit Zahin dengan marah. Zamir menyorok di belakang Haikal. Luqman cuba menenangkan Zahin. Semua murid berhenti ketawa. Tiba-tiba, loceng berbunyi. Semua murid bergegas ke tapak perhimpunan. Selepas perhimpunan, semua murid ke kelas masing-masing. Bermulalah pelajaran mereka.

Sangat best!!! Teruskan usaha awak... insya Allah berjaya kelak.
BalasPadam