Bab 3 : Persahabatan Bermula
Setelah tiga minggu Teenagers bersekolah di SK Taman Saujana, mereka semakin popular di sekolah. Semakin ramai pelajar yang mahu berkawan dengan mereka. Ini menyebabkan Shadow Fighters iri hati dan tertekan.
"Ini semua korang punya pasal !" Jerit Shamil kepada Alif, Afiq dan Hakimi semasa mereka berada di hadapan pintu pagar sekolah.
"Kau ni, Afiq. Tak boleh diharap. Dengan Zahin, budak yang kurus kering macam cicak kobeng tu pun kau kalah." Kata Shamil lagi.
"Apa pula? Ini semua salah Hakimi lah." Bantah Afiq.
"Hei." Hakimi menarik muka masam.
"Apa, betullah? Kau tu tak pandai berlawan dan tak kuat macam aku." Afiq berlagak sambil mengangkat lengannya gaya menunjukkan otot.
"Berlagak, hei, aku ni, walaupun tak kuat. Aku berguna juga tau. Aku pandai. Tahu nak buat apa bila susah." Kata Hakimi. Mereka terus bergaduh. Mereka berdua suka bergaduh untuk menunjukkan siapa lebih bagus.
"Sudah!!! Korang gaduh-gaduh pun, masalah tetap takkan berubah. Hakimi, kau pun sama je. Tak boleh diharap." Marah Shamil kepada Hakimi. Ini menyebabkan Alif tersenyum lebar sampai ke telinga. Namun, belum sempat Hakimi menjawab, Shamil telah berkata terlebih dahulu.
"Kau tak payah senyum-senyum, Alif. Kau pun sama aje. Lagi teruk, kau lawan budak enam tahun. Enam tahun! Enam tahun, Lif. Bukan darjah enam. Itupun kau kalah ke?" Marah Shamil berbaur ejekan. Senyuman Alif hilang. Hakimi dan Afiq yang masam, akhirnya ketawa kepada Alif bersama Shamil. Alif menunduk. Ada air mata yang mahu menitis, namun dia mengelapnya.
"Jadi, untuk hukumannya, kau pergi beli makanan kitaorang. Aku nak nasi goreng." Kata Shamil.
"Aku pun." Kata Hakimi.
"Aku pun, tapi, dua plastik." Kata Afiq. Mereka bertiga memberikan duit kertas bernilai seringgit. Afiq sahaja menghulurkan duit kertas bernilai dua ringgit. Alif berjalan ke kelas, kemudian ke kantin. Dia tidak terus membeli makanan, sebaliknya, dia duduk di meja bulat di belakang kantin. Sementara itu, di hadapan prasekolah,
"Aah, inilah kehidupan. Kita datang, kita lawan, kita menang." Kata Zahin.
"Tapi, bukannya kita menang selalu, kau lihat, mengikut carta yang aku buat di rumah, kita menang tanpa guna senjata sebanyak 30 kali, dan diantaranya ialah bersama-sama dengan pembuli-pembuli, dan beberapa orang yang suka jadi kacang hantu. Dan kita menang..." Belum sempat Haikal menghabiskan kata-katanya, Zahin menyampuk.
"Boleh kau tunggu esok untuk penerangan ekspedisi sains ni, wahai Encik Saya Tahu Segalanya?" Sampuk Zahin sambil menguap.
"Apapun, kita tak boleh seronok sangat. Diaorang belum kalah habis. Aku rasalah, masih ada benda yang diaorang belum buat. Berhati-hatilah." Kata Luqman.
"OK, 'Master Plan' diaorang tu takkan berjaya kalau kita tak ada seseorang yang lemah." Sindir Zahin.
"Hei, saya tak lemah. Saya boleh jadi kuat dan pandai kalau saya nak." Kata Zamir.
"Fikirlah, otak udang. Kebanyakan misi kita gagal sebab awak." Kata Haikal bersetuju dengan Zahin.
"Betul tu, awak memang seorang yang lemah." Kata Zahin.
"Ya, awak merosakkan misi kita. Abang jambu." Kata Luqman pula.
Ah, sudah! Luqman pun sudah mengejek.
"Kalau korang tak suka, aku cari jalan aku sendiri." Kata Zamir lalu pergi ke kantin.
"Pergilah, poyo! Adik tak kenang budi!" Jerit Zahin.
"Budak keju!" Jerit Haikal pula.
"Mengada-ngada!" Jerit Luqman. Mereka berjalan ke kelas.
Kata-kata itu, menyakitkan hatinya. Zamir berlari ke kantin. Kebetulan, Alif berada di situ mengenangkan nasibnya. Mereka berdua duduk di meja bulat yang sama. Pada mulanya, mereka tidak mahu bercakap bersama sebaliknya, mereka bertengkar. Namun, setelah mereka bercakap-cakap, mereka mendapati mereka berdua mempunyai banyak persamaan. Alif, walaupun dia seorang yang agak pendiam, dia sebenarnya seorang yang peramah dan ceria seperti Zamir. Oleh itu, mereka berdua berkawan tanpa disangka. Namun, mereka tidak perasan, bahawa gerak-geri mereka diperhatikan oleh seseorang.

"Apa yang diorang sedang lakukan tu?" Tanya Zulhaizy yang sedang bersembunyi di sebalik semak. Dia memerhatikan Zamir dan Alif. Dia berundur ke belakang sedikit, namun, malang tidak berbau, dia terpijak sebiji batu dan terjatuh.
"Aduh, sakitnya!" Kata Zulhaizy sambil mengusap-usap kakinya. Kakinya berdarah. Dia cuba bangun. Kebetulan, Luqman dan Haikal sedang berjalan menuju ke padang sekolah. Mereka terlihat Zulhaizy jalan terhincut-hincut. Mereka segera membantu Zulhaizy. Mereka membawa Zulhazy ke bilik rawatan. Sementara itu, di dalam kelas Tahun 6 Aktif...
Zahin sedang duduk di mejanya. Pada masa itu, belum ramai lagi yang datang di kelas. Dia mula berasa bosan.
"Bosannya, nak buat apa ni? Mana diorang ni?" Kata Zahin bersendirian. Dia melihat jam tangannya. Baru pukul enam empat puluh lima minit pagi. Dia berasa mengantuk. Semalam, dia bermain permainan video sehingga larut malam. Dia tertidur di mejanya di bahagian belakang kelas. Apabila murid-murid Tahun 6 Aktif yang lain masuk ke kelas, mereka mula rasa susah. Mereka memang sudah sedia maklum dengan perangai Zahin yang susah dikejut itu. Akhirnya, Luqman dan Haikal bersepakat memanggil Zamir untuk mengejutkan abangnya itu.
"Hah!? Saya? Kenapa? Haikal tak boleh ke?" Tanya Zamir tidak puas hati.
"Baik, apa kata kalau kita undi?" Kata Luqman.
"Zamir." Kata Luqman dan Haikal serentak.
"Saya nak undi sekali lagi." Kata Zamir. Tetap tidak puasa hati. Luqman menggelengkan kepalanya lalu menolak Zamir ke arah Zahin lalu melarikan diri. Zamir agak takut lalu dia mencuit Zahin.
"Abang, bangunlah. Abang, bangunlah, bang." Kejut Zamir. Akhirnya, Zahin terbangun. Namun, dia tidak marah. Nasib menyebelahi Zamir nampaknya. Kringg!!! Bunyi loceng berdering. Kesemua pelajar segera ke kelas masing-masing. Sesi pembelajaran bermula.
Selepas waktu persekolahan, di rumah Zahin...
Zamir nampaknya seronok bermain permainan video. Dia bergembira. Tetapi, jauh di sudut hatinya, terdapat rasa sangsi dan risau. Mana tahu, ini ialah perangkap, jadi dia perlu berwaspada. Malam itu, dia tidur dengan nyenyak sekali. Namun, esok lusa, ada kejutan buatnya.

Ulasan
Catat Ulasan