Bab 5 : Kawan Atau Lawan? (Bahagian 2)
Kringg! Jam loceng berdering di tepi katil. Zahin nampaknya tidur nyenyak, tidak sedar akan jam loceng berdering berkali-kali di tepi meja tidurnya. Hari ini hari Jumaat, memang padanlah dia tidur sahaja. Akhirnya, dia bangun lalu mematikan jam loceng itu. Dia menguap kemudian dia melihat ke arah jam. Sudah pukul lapan pagi.
"Ya Allah! Aku dah lambat!" Jerit Zahin lalu segera mencapai kain tuala lalu bersegera ke bilik mandi. Setelah mandi, dia segera memakai kemeja-T berwarna merah kegemarannya, menyikat rambut dan segera turun ke bawah. Sebenarnya dia perlu berjumpa Zulhaizy pada pagi ini, tetapi dia tidur pula selapas solat subuh pagi tadi. Dia ke dapur lalu mengambil roti yang memang sudah tersedia di atas pinggan. Kemudian, dia berlari keluar rumah. Kasut Nike berwarna merah disarungkan ke kaki. Dia mengambil papan selaju miliknya lalu menaiki.
"Eh, Zahin! Nak pergi mana tu?" Tanya Puan Aminah yang kebetulan lalu di depan pintu rumah.
"Nak pergi jumpa kawan, ibu. Zahin pergi dulu, ye." Jawab Zahin.
"Eh, nanti kejap, nah. Tolong belikan gula merah dengan garam. Ingat nak minta tolong Luqman tadi, tapi Zahin nak keluar. Tolong belikan, ye?" Kata Puan Aminah sambil memberikan wang sepuluh ringgit.
"Baik, ibu." Jawab Zahin. Dia segera keluar. Puan Aminah melihat sahaja tubuh anaknya itu, semakin mengecil dan mengecil sehinggalah hilang dari pandangan. Zahin memang begitu. Setiap hari pasti dia keluar. Tidak pernah nampak bayangannya di rumah. Bilalah anaknya tu nak berubah? Puan Aminah hanya mengeluh. Zahin sememangnya degil dan tidak mendengar kata. Dengan adiknya juga boleh dibuat lawan. Tidak seperti Luqman. Luqman seorang yang rajin dan juga mendengar kata.
Sementara itu, Zahin telah sampai di destinasi. Seperti yang dijangkakan, Zulhaizy telah lama menunggu. Pasti Zulhaizy marah dengannya. Manakan tidak, ini sudah kali ke-10 dia lewat.
"Maaflah, aku lambat. Dah lama ke kau tunggu?" Sapa Zahin. Ayat ini sudah menjadi sapaan rasmi kepada Zulhaizy.
"Maaflah, aku lambat. Dah lama ke kau tunggu?" Ajuk Zulhaizy.
"Sememangnya sudah lama aku tunggu kau. Sudahlah tempat ini banyak nyamuk. Tengok, habis darah aku dihisapnya." Rungut Zulhaizy sambil menunjukkan seekor nyamuk yang berjaya ditamparnya. Habis berkecai badan nyamuk tu.
"Dah tahu tempat ni banyak nyamuk, kenapa tak tunggu kat tempat lain? Belakang tu ada belukar, memanglah banyak nyamuk." Marah Zahin. Sudah tahu tempat itu banyak nyamuk, tunggulah di tempat lain.

"Orang marah dia, dia pula marah kita balik." Kata Zulhaizy.
"Sudahlah tu, jom kita duduk kat sana." Kata Zahin menunjukkan ke arah sebuah pondok. Tanpa berlengah lagi, mereka berdua segera ke pondok untuk melepaskan lelah setelah berperang mulut di tepi semak-samun itu.
"Zahin, kau tak nak duduk rumah ke? Hari-hari keluar." Tanya Zulhaizy.
"Alah, Luqman kan ada. Mak aku sayang sangat dengan dia." Kata Zahin berbaur rungutan.
"Dah tu, sampai bila kau nak macam ni?" Tanya Zulhaizy lagi.
"Entah, sampai bila-bila agaknya." Jawab Zahin selamba.
"Zahin, kau kena berhenti. Dah tiga minggu kau mengelak dari dia. Baik kau duduk rumah tolong mak kau." Nasihat Zulhaizy.
"Luqman ada. Mak aku sayang Luqman, atuk aku sayangkan Luqman. Makcik aku pun sayangkan Luqman. Zamir dengan Haikal pun sama. Zamir sendiri tak suka dengar cakap aku. Kacau aku adalah." Rungut Zahin.
"Itu sebab kau tak suka duduk rumah. Kau suka keluar sana sini. Kau pun degil. Buat apa-apa pun lambat. Tak macam Luqman. Dia tu baik, rajin. Sebab tulah dia jadi ketua. Memang patutlah diaorang sayang dia lebih daripada kau. Lagipun, senang nak minta tolong dari dia. Nak cakap dengan dia pun senang." Kata Zulhaizy.
"Jadi, kau pun nak cakap aku ni pun degil dan tak suka mendengar kata la ye? Kau pun sama je macam mak aku kat rumah. Puji Luqman tak habis-habis." Kata Zahin.
"Eh, mana ada. Aku tak maksudkan macam tulah." Zulhaizy cuba berdalih.
"Sudahlah kau." Kata Zahin lalu beredar dari situ. Dia menaiki papan selajunya ke kedai untuk membeli gula merah dan garam yang dipesan oleh ibunya. 'Benci betul! Semua orang ingat dia je baik. Zul pun sama.' Kata Zahin di dalam hatinya. Setelah membeli gula merah dan garam, dia segera pulang ke rumah. Dia meletakkan plastik yang berisi barang yang dipesan oleh ibunya tadi di atas meja. Kemudian dia keluar semula. Kali ini bukan ke taman. Ke mana pun dia tidak tahu. Ke mana-mana sahajalah. Dia merenung jam tangannya. Baru pukul sembilan lima puluh minit pagi. Ada dalam tiga jam sebelum solat Jumaat.
"Nak ke mana ye? Bosanlah." Tanya Zahin sendirian. Dalam hati dia berdoa janganlah jumpa Shadow Fighters. Huru-hara jadinya. Dia meluncur sahaja di sepanjang jalan itu. Tiba-tiba, kepalanya diketuk dari belakang. Pandangannya berpinar-pinar dan dia jatuh pengsan.
Sementara itu, di rumah...
"Wei, nampak Zahin tak?" Tanya Luqman.
"Tak. Dari pagi tadi aku tak nampak dia." Jawab Haikal.
"Pelik betul, mana budak ni?" Tanya Luqman. Zamir tidak mengendahkan kedua-dua orang itu. Dia leka bermain permainan video.
"Kal, cuba kau telefon dia." Arah Luqman. Haikal segera menelefon Zahin. Tetapi, telefonnya dimatikan.
"Dia tak jawablah, Man." Kata Haikal. Zamir juga mencuba perkara yang sama menggunakan telefon rumah. Tidak menjadi. Dia gunakan telefon ibunya pula.
"Zamir, dahlah tu. Saya dah cuba. Telefonnya langsung dimatikan." Kata Haikal.
"OK. Dah tu, sekarang nak buat apa?" Tanya Zamir. Mereka bertiga berpandangan. Akhirnya, Luqman memberi kata putus.
"Kita jangan beritahu mak long dan mak ngah. Nanti diaorang risau. Kita tunggu. Mana tahu dia balik. Sekarang pukul sepuluh pagi. Pukul dua belas lima puluh minit kita siap-siap pergi surau. Faham?" Kata Luqman.
"Faham." Kata Zamir dan Haikal serentak seraya mengangguk.
Jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Seisi rumah sudah tidak keruan. Luqman, Haikal dan Zamir cuba bersangka baik bahawa Zahin pergi ke rumah Zulhaizy. Di situlah Zahin bermalam setiap kali dia merajuk atau tidak mahu pulang. Datuk mereka menyuruh mereka tidur.

"Luqman, Haikal dan Zamir. Kamu bertiga tidur dahulu. Kalau ada berita, atuk kejutkan." Kata Tok Saad.
"Baik, tuk." Kata mereka bertiga serentak. Mereka pergi ke bilik masing-masing. Zamir tidak boleh tidur. Tapi, Zahin tiada. Selalunya, sekiranya dia takut untuk tidur seorang diri, dia akan pergi ke bilik abangnya. Dia berharap abangnya pulang esok.

Ulasan
Catat Ulasan