Bab 8 : Kuasa Istimewa
Pada keesokan harinya...
"Bangun, Zahin. Bangun!" Luqman mengejutkan Zahin. Zahin bangun sambil menguap.
"Apa kau nak ni? Pagi-pagi buta kau kejut. Baru pukul lima setengah pagi." Kata Zahin dalam keadaan mamai.
"Solat subuhlah. Cepat, pergi ambil wudhu'." Arah Luqman sambil mendirikan Zahin dan menolaknya ke depan bilik air.
"Yelah, yelah." Kata Zahin. Dia masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu'. Setelah itu, dia keluar lalu turun ke bawah bersama Luqman untuk solat. Mereka semua solat subuh berjemaah bersama-sama. Kemudian, mereka semua naik semula ke bilik untuk bersiap ke sekolah.

"Haikal, cepatlah, nanti kena marah dengan cikgu." Jerit Zahin dari luar rumah.
"Kejap!" Balas Haikal.
"Kau buat apa? Bersolek?" Tanya Zahin. Haikal tidak mengendahkan Zahin. Dia segera keluar menyandang beg sekolahnya. Mereka berempat segera bertolak ke sekolah.

Petang itu, Zahin, Haikal, Luqman, Zulhaizy dan Zamir pergi keluar ke taman permainan. Sedang mereka sibuk bermain, Zamir terlihat beberapa orang berlari membawa sesuatu di atas bumbung.
"Um, abang. Mungkin awak semua nak tengok ni." Panggil Zamir. Mereka semua melihat ke arah yang ditunjuk Zamir.
"Itukan Shadow Fighters dan Avenger Boys. Apa yang diorang buat?" Kata Zahin.
"Kita patut ikut mereka." Kata Luqman. Mereka bertiga mengangguk mengiakan kata-kata Luqman lalu mereka semua segera berlari ke atas bumbung mengikuti Shadow Fighters dan Avenger Boys secara senyap. Apabila Avenger Boys dan Shadow Fighters berhenti lalu turun dari bumbung, Teenagers menyerang mereka. Tetapi, Shadow Fighters dan Avenger Boys melarikan diri. Teenagers mendarat dengan selamat. Luqman melihat sekeliling. Tiba-tiba, beberapa orang melompat turun lalu menyerang mereka.
"Hati-hati!" Jerit Haikal, tetapi telah terlambat, mereka semua dibelasah. Salah seorang daripada mereka menyerang Zahin. Itulah Zaim. Ketua kumpulan gangster. Musuh ketat Zahin di sekolah lama. Juga merupakan gitaris kumpulan Rock Boys, Zahin, Luqman dan Haikal merupakan bekas ahli Rock Boys. Mereka cuma menjadi budak-budak hamba kepada Arif, Akid dan Zaim.
"Zaim." Kata Zahin. Dia merenung tajam mata Zaim.
"Aku dah agak kau akan ikut diorang. Jadi, kitorang buat rancangan yang korang tak jangka. Macam mana, Zahin? Lima lawan ramai." Kata Zaim.
"Ya, kitorang tak jangka benda ni berlaku. Tapi, korang lupa yang kitorang sentiasa bersedia." Balas Zahin. Dia membalas serangan Zaim. Mereka berlima berlawan habis-habisan. Namun, lama-kelamaan, mereka berlima penat berlawan. Tetapi, geng Zaim terlalu ramai. Mereka akhirnya kalah.
"Heh, walaupun korang dah takda, kitorang tetap kuat dan hebat. Korang tengoklah nanti, Rock Boys akan jadi kumpulan yang paling hebat dan terbaik." Kata Zaim sambil berlalu pergi. Zahin bangun dengan kemarahan. Kalau Zahin itu harimau, dah lama dibahamnya si Zaim.
"Jomlah, kita balik." Ajak Luqman memegang bahu Zahin. Zahin pada mulanya marah, tetapi, dia mengeluh dan mengangguk lalu pergi. Sebelum pergi, Haikal terjumpa, sesuatu. Sebuah bekas di dalamnya ada cecair.
"Apa ni? Hmm... mungkin aku boleh buat eksperimen pakai benda ni." Kata Haikal bersendirian. Dia memasukkan bekas itu ke dalam beg sandangnya.
"Haikal, cepatlah." Gesa Luqman.
"Yelah." Kata Haikal. Mereka berlima pulang ke rumah. Haikal masuk ke makmalnya dan mula membuat eksperimen. Memasukkan bermacam-macam jenis cecair. Luqman, Zamir dan Zahin duduk di kerusi yang tersedia di makmal. Tiba-tiba, cecair itu mula menggelegak. Haikal mula risau.
"Korang." Haikal memanggil yang lain. Mereka semua tidak endah. Kemudian cecair itu meletup dan mereka semua tersedut masuk ke dalam sebuah portal. Mereka berempat menjerit kecuali Zamir. Sebaliknya, dia menjerit "Wee!" Namun, mereka masuk sekejap saja, kemudian mereka keluar balik.
"Itu sangat menyeronokkan! Mari kita buat lagi!" Jerit Zamir keriangan.
"Itu ialah lawatan paling pelik dan paling singkat pernah saya lalui." Kata Zahin.
"Haikal, takda apa yang akan berlaku, kan?" Kata Luqman.
"Mungkin ada kesan lain." Kata Haikal.
"Mungkin takda apa yang akan berlaku. Sekarang, mana komik aku?" Kata Zahin. Haikal melihat sekeliling mencari komik Zahin. Dia menunjuk ke arah komik Zahin yang berada di atas lantai. Yang peliknya, komik itu terapung. Malah, bukan komik sahaja yang terapung, semua barang di dalam makmal itu terapung. Mereka berempat terkejut melihat keadaan itu. Haikal terus menjerit dan barang-barang itu terjatuh.
"Itu sangat hebat! Saya pun boleh buat ke?" Kata Zamir. Dia cuba mengangkat barang-barang seperti yang dibuat oleh Haikal tadi.
"Saya tak rasa awak boleh buat." Kata Luqman. Zamir mengeluh sedih. Zahin ketawa.

"Nasib baik kita tak boleh buat macam Haikal." Kata Zahin sambil menyiku Luqman. Zahin cuma menyiku Luqman dengan lembut tetapi, Luqman tercampak ke dinding dengan kuat.
"Aduh!" Luqman menjerit kesakitan.
"Luqman!" Mereka bertiga segera berlari ke arah Luqman.
"Kuatnya kau, Zahin!" Kata Haikal dengan nada terkejut.
"Tapi, aku siku dia biasa je." Kata Zahin.
"Sorry, biar aku tolong kau." Zahin menawarkan diri untuk membantu Luqman.
"Tak payah!" Luqman menolak pertolongan Zahin dengan mengeluarkan kedua belah tangannya ke depan. Tetapi, kedua belah tangannya itu mengeluarkan pelindung berwarna biru menyebabkan Zahin tercampak ke belakang.
"Hebat! Saya punya kuasa apa ya?" Kata Zamir. Dia mengambil pizza dan serbuk keju. Dia menaburkan serbuk keju itu ke atas pizza namun, belum sempat dia makan pizza itu, pizza itu meletup.
"Saya boleh letupkan benda dengan serbuk keju!? Itu sangat hebat!" Zamir menjerit keriangan lalu membaling serbuk keju itu ke lantai.
"Zamir, jangan!" Jerit Haikal, Zahin dan Luqman serentak. Haikal menggunakan kuasanya untuk mengangkat serbuk keju itu sebelum ia jatuh ke lantai lalu memasukkannya ke dalam bekas. Mereka semua menghela nafas lega.
"Nasib baik, kalau tak, rumah ni dah meletup." Kata Zahin.
"Macam mana kita boleh dapat kuasa?" Tanya Luqman, dituju kepada Haikal.
"Tak tahulah. Mungkin kita dapat kuasa akibat tersebut masuk dalam portal tadi." Kata Haikal.
"Saya tak tahu dan saya tak kisah, saya sukakan kuasa ni!" Kata Zamir.
"Saya rasa kita kena belajar kawal, dan, patutkah, kita beritahu orang lain?" Tanya Zahin.
"Nantilah kita fikir, jom, kita turun makan." Kata Luqman.
"Jom!" Haikal, Zamir dan Zahin setuju. Mereka berempat segera turun ke bawah.
Malam itu, mereka semua makan malam. Setelah makan, Luqman menarik Zahin, Haikal dan Zamir ke atas masuk ke biliknya.
"Kita nak buat apa ni?" Tanya Luqman.
"Mana aku tahu." Kata Zahin.
"Saya rasa kuasa ni hebat!" Kata Zamir.
"Kita kena sembunyikan kuasa daripada pengetahuan orang kain." Kata Luqman.
"Walaupun Zulhaizy?" Tanya Zahin.
"Terutamanya Zulhaizy. Nanti habis dia cerita kat satu sekolah." Kata Haikal. Zahin dan Zamir mengangguk. Mereka berempat setuju untuk tidak memberitahu sesiapapun walaupun ahli keluarga mereka. Selepas berbincang, Zahin, Zamir dan Haikal pergi ke bilik tidur masing-masing. Pusing kanan sepuluh kali, pusing kiri sepuluh kali, mereka berempat terlelap ke alam mimpi.
Keesokan harinya, mereka berempat bangun dan segera bersiap untuk ke sekolah. Sampai sahaja di hadapan sekolah, mereka berempat kecuali Zamir, mula rasa berdebar. Luqman sudah rasa sakit jantung, Zahin sudah mula sakit pinggang dan ulu hati, Haikal pula sudah hendak pengsan. Zamir sahaja yang biasa, relax, cool and keep smiling. Nampak sangat dia tidak faham apa yang terjadi.
"Zamir, apa yang terjadi, jangan letupkan pra-sekolah." Pesan Zahin.
"Yelah." Zamir menjawab. Mereka berempat masuk ke kelas. Memandangkan hari itu hari Selasa, murid-murid tahap dua akan turun ke padang untuk program Satu Murid, Satu Sukan. Semua murid aman turun ke padang kecuali kelab catur, yelah, mana ada orang main catur di padang. Mereka akan bermain catur di kantin. Zahin merupakan ahli kelab bola sepak. Luqman pula ahli kelab bola tampar lelaki, tetapi, dia merupakan pemain bola sepak. Haikal merupakan ahli kelab catur, memandangkan dia agak lemah dalam sukan, tetapi dia dan Luqman selalu bermain di bahagian pertahanan dalam permainan bola sepak. Mereka semua memulakan aktiviti dengan memanaskan badan. Dalam ramai-ramai, Zahin paling tidak sabar untuk bermain bola. Menendang, mengelecek bola, menahan dan menjaringkan gol. Semuanya bermain di dalam kepalanya. Cikgu Nasyan, juruatih pasukan bola sepak sekolah, menyuruh mereka semua bermain bola sepak di padang sendiri sementara beliau melihat. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Maka, permainan pun bermula. Faris menendang bola kepada Ammar, lalu dihantar kepada Faizal, dan Faizal membawa bola terus ke arah gol, tetapi Shamil berada di belakangnya, Faizal mula dikepung pihak lawan. Mereka berebut bola itu. Akhirnya, Shamil berjaya menguis bola daripada kaki Faizal, lalu dibawa ke arah gol pasukan lawan. Ikhwan yang menjaga gol bersedia untuk menangkap bola. Shamil menendang bola ke arah gol, bola itu agak laju tetapi, Ikhwan berjaya menahannya. Bola itu bergolek dan mula direbut. Shamil berjaya mendapatkan bola itu, namun, tanpa dia sedar, Zahin telah mengambil bola itu daripadanya.
"Terima kasih, Shamil!" Jerit Zahin seraya dia mengambil bola daripada kaki Shamil. Shamil mengetap gigi menahan geram. Zahin melepasi setiap ahli pasukan lawan. Dia menendang bola itu dengan kuat dan gol! Pasukan Zahin menjerit keseronokan. Mereka terus bermain.
Luqman sedang bermain bola tampar di gelanggang bola tampar sekolahnya, setiap kali bola datang, dia berjaya menghantarnya kembali, dia juga dapat melakukan servis yang bagus. Akhirnya, kumpulan mereka berjaya memenangi kedua-dua set permainan bola tampar.
Haikal menang lagi. Beberapa orang ahli kelab catur selesa bermain catur bersama Haikal. Haikal sangat pandai bermain catur. Dia selalu berlatih di rumah bersama Luqman. Walaupun Zahin selalu mentertawakan Haikal yang hanya tahu bermain catur, Haikal tahu, Zahin sangat bangga. Beberapa orang murid Tahun 4 bertanya kepada Haikal tentang rahsia bermain catur. Kesemua murid meneruskan aktiviti kelab mereka pagi itu.
Setelah satu jam berlalu, kesemua murid masuk ke dalam kelas masing-masing. Luqman menyapa Zahin.
"Macam mana game bola tadi?" Tanya Luqman. Zahin tercungap-cungap. Dia meneguk botol air.
"OKlah." Jawab Zahin selamba. Seperti orang yang baru sahaja kalah perlawanan.
"Itu aja yang kau nak cakap?" Tanya Haikal, tidak percaya.
"Entah, tadi kat tengah padang menjerit bukan main." Sindir Luqman. Zahin tersenyum kecil. Memang benar. Zahin berlari dan menjerit seperti orang gila di tengah padang apabila dia berjaya menjaringkan gol. Mereka semua belajar subjek Bahasa Arab yang diajar oleh Ustaz Azman.
Kringg! Loceng berdering menandakan waktu pulang sudah tiba. Semua murid turun ke bawah. Kebanyakan murid menunggu ibu bapa menjemput mereka. Puan Aminah datang menjemput Luqman, Zahin, Haikal dan Zamir. Di dalam kereta, Zahin dan Zamir asyik berbisik dan ketawa kecil bersama-sama.
"Kenapa diorang berdua tu? Berbisik-bisik, tergelak-gelak daripada tadi. Ada apa?" Tanya Luqman kepada Haikal dalam keadaan separuh berbisik.
"Entahlah." Balas Haikal. Kemudian, Zahin dan Zamir berhenti berbual dan segera duduk seperti biasa. Zamir duduk sambil bermain telefon bimbit ibunya. Zahin pula cuma duduk merenung ke luar tingkap kereta. Luqman berasa pelik dengan Zahin dan Zamir. Namun, dia cuma beranggapan bahawa mereka cuma berbual kosong.
Setibanya di rumah, Zamir dan Zahin segera masuk ke dalam rumah. Luqman mengambil beg sekolahnya, begitu juga Haikal.
"Kenapa cepat sangat Zahin masuk rumah? Selalunya, dia masuk paling lambat sekali sebab dia ada 'kerja' nak dibuat." Tanya Luqman kepada Haikal. Haikal hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Haikal segera pergi meninggalkan Luqman dalam keadaan terpinga-pinga.
"Baguslah tu, kau pun berperangai pelik." Kata Luqman. Haikal tidak mengendahkannya. Luqman segera masuk ke dalam rumah. Semasa dia memasuki rumah, dia terpijak papan luncur Zamir yang berada di lantai lalu terluncur jatuh.
"Aduh, sakitnya!" Luqman mengaduh. Zahin dan Zamir ketawa terbahak-bahak. Luqman bangun lalu memberi pandangan, "saya akan kenakan awak balik, tengoklah" kepada Zahin dan Zamir. Haikal hanya menggelengkan kepalanya. Dia memang sudah masak dengan perangai Zahin, Luqman dan Zamir yang suka 'prank' antara satu sama lain.
"Apalah yang akan Luqman buat?" Tanya Haikal kepada dirinya. Selalunya Zamir yang menang, sehinggakan dia menggelarkan dirinya sebagai 'Raja Prankster'. Luqman boleh dikatakan boleh tahan juga. Zahin kurang mengenakan orang jadi dia selalu kalah. Sekiranya buat masalah atau menjahanamkan barang, Zahin nombor satu. Tiba-tiba, Haikal mendapat idea. Seperti ada mentol bercahaya di kepalanya. Dia masuk ke dalam makmal lalu memulakan kerja.
Sementara itu, Luqman sedang menyiapkan 'kejutan' untuk Zahin dan Zamir. Dia meletekkan sekotak tepung di atas pintu bilik Zamir, manakala di bilik Zahin pula, dia meletakkan sebaldi air di atas pintu. Kemudian, dia melarikan diri dan bersembunyi. Zamir membuka pintu bilik air lalu sekotak tepung jatuh ke atas kepalanya. Splash! Bunyi air jatuh. Ke atas kepala Zahin.
"Zamir!" Jerit Zahin. Di dalam hatinya, dia pasti Zamir yang melakukan kerja-kerja seperti ini.
"Bukan sayalah! Saya pun kena. Tengok ni!" Kata Zamir sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah dirinya berulang kali. Luqman keluar dari tempat persembunyiannya lalu ketawa.
"Luqman!" Jerit Zahin dan Zamir, geram. Mereka berdua Mula mengejar Luqman sekeliling rumah. Tiba-tiba, Zahin tergelincir kerana ada tumpahan air di lantai. Dia terjatuh lalu ada sekotak tepung jatuh ke atas kepalanya. Kemudian, Luqman pula terjatuh lalu dihempap beberapa bantal. Zamir pula di baling beberapa belon air. Mereka bertiga bangun lalu mula bertengkar. Namun, mereka berhenti apabila terdengar bunyi seseorang ketawa kecil. Mereka mencari siapakah yang ketawa. Akhirnya, Haikal muncul dan ketawa besar.
"Kau yang buat?!" Jerit mereka bertiga, terkejut. Kemudian, mereka mengemaskan semua barang-barang. Zahin dan Zamir segera membersihkan diri. Kemudian, mereka berempat pergi keluar menikmati udara segar.

Ulasan
Catat Ulasan