Bab 7 : Avenger Boys
Pada hari Ahad, Luqman dan Haikal serta Zulhaizy berjumpa dengan Shadow Fighters. Mereka bukan menuduh. Tetapi, ada syak wasangka mengenainya. Shadow Fighters berada di kelas tahun enam. Mereka sedang bergelak ketawa. Zulhaizy masuk ke kelas, meletakkan beg sekolahnya. Dia terdengar perbualan Shadow Fighters."Dengan rancangan ni, kita pasti akan berjaya." Kata Shamil. Ketiga-tiga pengikutnya tersenyum nakal. Zulhaizy mendekati mereka.
"Wei, Teenagers nak jumpa." Kata Zulhaizy sambil memegang bahu Shamil. Mereka berempat mengikutnya. Luqman dan Haikal ke kelas Tahun Lima. Setelah meletakkan beg sekolah, mereka pergi ke belakang sekolah bersama Shadow Fighters.
"Shamil, kitaorang datang bukan untuk berlawan." Kata Luqman. Haikal mengangguk. Zulhaizy bersandar di dinding.
"Kalau korang nak cakap pasal Zahin, kitaorang tak tahu dia di mana." Kata Hakimi.
'Pembohong!' Rungut Luqman dalam hati. Luqman seakan-akan tahu rancangan Shadow Fighters. Kemudian, mereka beredar dari situ. Kecewa. Shadow Fighters melihat Luqman dari belakang. Mereka akan menjalankan fasa kedua.
"Sekarang, apa? Wahai Encik Ketua Bijak Yang Tidak Berapa Bijak?" Tanya Afiq.
"Kita ke fasa kedua." Jawab Shamil.
"Bila?" Tanya Hakimi.
"Entahlah, nantilah aku fikirkan." Jawab Shamil selamba. Mereka berempat pulang ke kelas.
Di kelas Tahun Lima, Luqman dan Haikal masih berfikir. Berkerut dahi Luqman memikirkannya. Haikal pula memejam mata sambil memegang buku yang dirapatkan ke dada.
"Apa korang buat ni?" Tanya Faris. Haikal dan Luqman tidak menjawab.
"Helo? Hei, Luqman, Haikal, bangun hari dah siang!" Panggil Faris. Rasanya dia bercakap dengan meja saja dari tadi.
"Woi!" Jerit Faris di telinga Luqman. Luqman terkejut.
"Eh! Apa ini? Pekak telinga aku, kau nak ganti? Aku bukannya jauh 200 meter dari kau." Kata Luqman.
"Dah tu, aku panggil baik-baik kau tak dengar. Haikal ni kenapa ni? Nak jadi Kulup Mat Zin yang dalam cerita Ribbit tu?" Tanya Faris. Luqman menoleh ke arah Haikal. Dia memegang bahu Haikal.
"Haikal, oh, Haikal, cukup-cukuplah fikir." Kata Luqman mengikut melodi lagu 'Bangau oh Bangau'. Haikal sedikit pun tidak memberi balasan.
"Haikal, Haikal!" Panggil Luqman lagi. Haikal pun berhenti berfikir dan terkejut.
"Oh, hantu Kak Limah!" Latah Haikal. Buku yang dipegangnya tadi tercampak ke lantai. Faris dan Luqman ketawa bersama-sama. Haikal menarik muka masam diusik oleh Faris dan Luqman. Loceng berdering. Ustazah Irna masuk ke dalam kelas untuk waktu pelajaran Agama Islam. Luqman dan Haikal lebih banyak termenung. Muka sahaja seperti berfikir, tetapi otak melayang entah ke mana.
'Kringg!' Loceng berdering. Menandakan sudah waktu balik. Kesemua pelajar berpusu-pusu keluar dengan gembira. Hanya Luqman dan Haikal sahaja yang agak sedih. Tetapi, mereka bukannya seseorang yang mudah patah semangat! Mereka akan teruskan pencarian Zahin. Kereta Mercedez Benz Puan Aminah pun sampai. Mereka semua masuk ke dalam perut kereta itu. Luqman dan Haikal membisu dan membiarkan adik-adik mereka bercerita.
Setibanya di rumah, Luqman dan Haikal menyalin baju sekolah mereka, bersolat Zuhur, makan tengahari dan terus berfikir mengenai Zahin.
Petang itu, Luqman keluar ke taman permainan berdekatan rumahnya bersendirian. Dia teringat semasa dia dan Zahin berusia tujuh tahun. Semasa itu, mereka bergaduh kerana kedua-duanya mahu tunjukkan siapa lebih hebat. Dia dan Zahin bertumbuk berhabis-habisan. Tidak dapat dinafikan, memang susah untuk mengalahkan Zahin. Luqman jatuh meniarap. Kemudian, Zahin sedar apa yang sudah dilakukan olehnya. Dia terkejut memandang Luqman.
"Luqman? Bangunlah, bangunlah! Jangan buat macam ni! Awak gurau je kan? Saya minta maaf." Kata Zahin sambil menggerak-gerakkan Luqman. Akhirnya, Luqman bangun juga.
"Zahin..." Kata Luqman.
"Kau ni teruk, lepas ni jangan buat lagi tau." Kata Zahin.
"Janji." Kata Luqman.
"Betul?" Tanya Zahin.
"Ya, betul." Jawab Luqman.
Walaupun telah empat tahun berlalu, dia masih ingat lagi. Zahin kurang menangis, itulah kali pertama dia menangis. Semenjak ayah Zahin menghilangkan diri, Zahin menjadi seorang yang degil dan bersifat agresif. Dia menjadi seorang yang panas baran dan bila dia marah, dia tidak boleh mengawalnya. Dia berasa tertekan kerana ayahnya pergi tanpa meninggalkan kesan. Sedang Luqman termenung mengenangkan Zahin, seseorang merentap bahunya dengan kasar. Luqman terkejut, namun, penyerangnya tidak melepaskannya dengan mudah, bahunya direntap dan Luqman tercampak ke dinding.
"Aduh, sakitnya!" Luqman bangun mengaduh kesakitan. Dia melihat muka penyerangnya.
"Iskandar." Luqman menyebut nama penyerangnya. Iskandar tersenyum sinis kepada Luqman.
"Sedap? Itu baru sikit." Kata Iskandar.
"Kau takda kerja lain ke?" Tanya Luqman. Iskandar tidak menjawab lalu menyerang Luqman.
"Kalau itu yang kau nak, aku takda pilihan lain. Siap kau!" Kata Luqman lalu membalas kembali serangan Iskandar. Mereka berdua berlawan.
Zahin masih fikirkan cara untuk keluar dari situ. Tiada seorang pun ahli Shadow Fighters di situ. Dia melihat sekeliling sekiranya ada apa-apa yang boleh digunakan untuk memotong tali yang mengikat kaki dan tangannya. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka. Alif masuk membawa pisau lipat. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Zahin. Zahin menutup matanya. Alif mendekati Zahin lalu memotong tali yang mengikat Zahin. Zahin terkejut dan lega pada masa yang sama.
"Apa, kau ingat aku nak bunuh kau?" Tanya Alif. Zahin tersenyum. Alif memberinya semula telefon bimbit dan papan luncurnya.
"Kau kena cepat." Kata Alif.
"Cepat? Cepat ke mana? Cepat kenapa?" Tanya Zahin.
"Kau kena cepat selamatkan sepupu kau." Balas Alif. Dia menunjukkan telefon bimbitnya. Zahin mengangguk faham. Dia mengambil papan luncurnya lalu meluncur ke lokasi Luqman.
Apabila Zahin sampai di situ, kelihatan Fadil, Malik dan Fakrul sudah berada di situ membantu ketua mereka membelasah Luqman. Luqman sudah hampir kalah. Zahin menelefon Haikal.
"Helo, Haikal bercakap,"
"Haikal!"
"Zahin! Kau ke ni?"
"Taklah, Pinokio di sini. Mestilah aku, siapa lagi!"
"Zahin, kau kat mana?"
"Kat belakang bangunan. Luqman kena belasah."
"Teruk ke?"
"Boleh tahanlah."
"Betullah. Teruk gila. Mati Luqman macam ni."
"Kejap, macam mana kau boleh nampak? Inikan telefon. Pasal suara kau macam dekat je?" Zahin pelik dengan Haikal.
"Pandang kanan." Kata Haikal. Zahin memandang kanan.
"Aah!" Zahin terkejut melihat Haikal, Zamir dan Zulhaizy di sebelahnya.
"Pasal kau tak cakap awal-awal?" Tanya Zahin. Haikal tidak menjawab lalu segera berlari dan menyerang Malik. Zulhaizy pergi mendapatkan Luqman. Zahin pergi berlawan dengan Fadil.
"Lama tak jumpa, Fadil." Kata Zahin. Fadil tidak menjawab walau sepatah pun. Dia cuba menyerang Zahin dengan macam-macam jenis serangan, tapi Zahin dapat mengelak kesemuanya.
"Cara berlawan kau masih sama. Bila kau nak belajar?" Sindir Zahin. Mereka berdua berlawan dengan hebat sekali. Akhirnya, mereka menang juga. Iskandar, Fadil, Malik dan Fakrul melarikan diri. Sebelum pergi, Iskandar sempat memberikan pesanan terakhir.
"Ini belum berakhir, Teenagers!" Dia menjerit lalu berlari pergi. Zahin menggelengkan kepalanya. Dia pergi mendapatkan Luqman dan Zulhaizy.
"Kau okey?" Tanya Zahin.
"Aku okey." Balas Luqman. Zahin mengangkat Luqman. Luqman masih boleh berdiri dan berjalan sendiri.
"Siapa diorang tu?" Tanya Zulhaizy.
"Avenger Boys, tapi saya lebih suka memanggil mereka Avenger Butt. Diorang boleh dikatakan sebagai budak gangster tak betul je." Kata Zahin.
"Ketuanya, Iskandar. Kemudian, kita ada Fadil, si lemah yang suka berlagak. Malik, si saintis gila dan Fakrul, si penakut." Sambung Haikal menerangkan nama ahli Avenger Boys satu persatu. Zulhaizy mengangguk-angguk tanda faham.
"Dahlah, jom kita balik." Ajak Luqman. Mereka berlima segera pulang ke rumah masing-masing.
Setibanya di rumah, mereka mandi dan solat Maghrib berjemaah. Semua orang sangat gembira memandangkan Zahin sudah pulang. Mereka makan malam bersama-sama sambil menonton cerita animasi 'Sing'. Setelah itu, mereka semua masuk ke bilik masing-masing untuk berehat dan tidur.
Malam itu, hujan turun dengan lebat. Guruh berdentum dengan kuat. Zamir terkejut dan terbangun dari tidurnya, dia tidak boleh tidur. Dia mulai berasa takut dengan bunyi guruh. Perlahan-perlahan dia turun dari katil lalu berjalan untuk melihat siapa yang belum tidur. Semua orang telah tidur. Zamir masuk ke bilik Zahin. Dia mengejutkan Zahin yang sedang nyenyak tidur.
"Abang, bangun." Kata Zamir sambil menggoncangkan tubuh abangnya. Zahin terbangun.
"Kenapa?" Tanya Zahin sambil menggosok matanya.
"Boleh Mir tidur dengan abang?" Tanya Zamir.
"Yelah, sini." Kata Zahin, malas mahu memarahi Zamir untuk tidur di biliknya sendiri. Zamir melompat naik ke atas katil abangnya lalu baring. Zahin baring di sebelah Zamir. Tiba-tiba, terdengar bunyi guruh berdentum dengan sangat kuat. Zamir mula menangis. Zahin menyuruh Zamir diam. Tetapi, Zamir masih menangis.
'Ini takkan menjadi.' Fikir Zahin. Dia memujuk Zamir supaya berhenti menangis. Tetapi, tetap tidak menjadi. Akhirnya, Zahin mengambil gitarnya lalu menyanyikan lagu 'Safe and Sound'. Zamir mendengar Zahin menyanyi sehingga dia tertidur. Puan Aminah mahu pergi melihat Zamir kerana dia terdengar Zamir menangis, apabila dia melihat Zamir tidak berada di katilnya, dia pergi ke bilik Zahin. Baru sahaja dia mahu membuka pintu bilik, dia terdengar suara Zahin menyanyikan lagu. Dia segera menutup pintu bilik Zahin kerana dia pasti Zamir berkeadaan baik. Kemudian, dia pulang semula ke biliknya. Zahin segera baring dan tidur, terkenal ke alam mimpi.
Ulasan
Catat Ulasan