Bab 7 : Avenger Boys Pada hari Ahad, Luqman dan Haikal serta Zulhaizy berjumpa dengan Shadow Fighters. Mereka bukan menuduh. Tetapi, ada syak wasangka mengenainya. Shadow Fighters berada di kelas tahun enam. Mereka sedang bergelak ketawa. Zulhaizy masuk ke kelas, meletakkan beg sekolahnya. Dia terdengar perbualan Shadow Fighters. "Dengan rancangan ni, kita pasti akan berjaya." Kata Shamil. Ketiga-tiga pengikutnya tersenyum nakal. Zulhaizy mendekati mereka. "Wei, Teenagers nak jumpa." Kata Zulhaizy sambil memegang bahu Shamil. Mereka berempat mengikutnya. Luqman dan Haikal ke kelas Tahun Lima. Setelah meletakkan beg sekolah, mereka pergi ke belakang sekolah bersama Shadow Fighters. "Shamil, kitaorang datang bukan untuk berlawan." Kata Luqman. Haikal mengangguk. Zulhaizy bersandar di dinding. "...
Bab 9 - Kawan Baru, Musuh Lama "Aku betul-betul tak sangka yang Haikal rancang 'prank' tu." Kata Luqman kepada Zahin semasa mereka berada di dalam bilik Zahin. "Tak guna betul Haikal ni. Habis 'bertepung' badan aku dibuatnya." Kata Zahin. Dia memang marah dengan Haikal. "Tapi kelakar juga." Kata Luqman lalu ketawa teringatkan Zahin dibaling tepung. "Sebab yang kena baling dengan tepung tu bukan kau, tapi aku!" Balas Zahin. Luqman ketawa mendengar Zahin berkata begitu. Tiba-tiba, Haikal membuka pintu. Zahin dan Luqman terkejut. "Haikal, kau tak pandai ketuk pintu ke? Kalau tak pandai, biar aku ajarkan." Tanya Zahin. Dia mahu mengetuk kepala Haikal tetapi, Haikal mengelak. Selalunya, Haikal yang pantang bila ada orang yang masuk tanpa ketuk pintu. ...