Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Ninja Muda Sekolah 6

Bab 6 : Di Mana Zahin?             Keesokan harinya, Zahin masih belum pulang. Puan Aminah pergi ke balai polis membawa sekeping gambar Zahin. Luqman, Haikal, Zulhaizy dan Zamir pergi keluar mencari Zahin. Haikal menunggang basikal BMX berwarna ungu gelap miliknya. Luqman dan Zulhaizy memakai kasut roda mereka. Zamir menaiki papan selajunya. Luqman mengarahkan Zulhaizy ke timur, dia ke utara dan Zamir dan Haikal ke barat.        "Kenapa asyik saya saja yang perlu bersama Zamir?" Tanya Haikal tidak puas hati.        "Saya tak nak bersama Zamir, dan saya ialah ketua." Jelas Luqman.        "Kalau macam tu, suruhlah Zulhaizy bersama Zamir." Cadang Haikal.        "Tak ada masa aku nak layan dia." Zulhaizy memberi alasan.        "Yalah." Akhirnya Haikal bersetuju.         "Baik, berseronoklah, awak berdua." Kata Luqman lalu pergi. Haik...

Ninja Muda Sekolah 5

Bab 5 : Kawan Atau Lawan? (Bahagian 2)    Kringg! Jam loceng berdering di tepi katil. Zahin nampaknya tidur nyenyak, tidak sedar akan jam loceng berdering berkali-kali di tepi meja tidurnya. Hari ini hari Jumaat, memang padanlah dia tidur sahaja. Akhirnya, dia bangun lalu mematikan jam loceng itu. Dia menguap kemudian dia melihat ke arah jam. Sudah pukul lapan pagi.       "Ya Allah! Aku dah lambat!" Jerit Zahin lalu segera mencapai kain tuala lalu bersegera ke bilik mandi. Setelah mandi, dia segera memakai kemeja-T berwarna merah kegemarannya, menyikat rambut dan segera turun ke bawah. Sebenarnya dia perlu berjumpa Zulhaizy pada pagi ini, tetapi dia tidur pula selapas solat subuh pagi tadi. Dia ke dapur lalu mengambil roti yang memang sudah tersedia di atas pinggan. Kemudian, dia berlari keluar rumah. Kasut Nike berwarna merah disarungkan ke kaki. Dia mengambil papan selaju miliknya lalu menaiki.        "Eh, Zahin! Nak pergi mana tu?...

Ninja Muda Sekolah 4

Bab 4 : Kawan Atau Lawan? (Bahagian 1)        Setelah beberapa hari Zamir dan Alif berkawan baik, masalah mula mendatang. Pergaduhan kecil diantara Haikal dan Hakimi telah menyebabkan pergaduhan besar diantara Teenagers dan Shadow Fighters.         "Kau tu yang cari pasal!" Jerit Hakimi.         "Mana ada! Kaulah!" Jerit Haikal.         "Alah, kau tu yang tak puas hati dengan aku!" Jerit Hakimi lagi.         "Kau tu otak udang tau tak!" Jerit Haikal.         "Kau tu lagi otak udang! Penakut, pengecut! Kecut macam belon!" Ejek Hakimi.         "Kau ni memang nak kena dengan aku!" Jerit Haikal. Kemudian, Zahin, Zulhaizy, Luqman, Afiq dan Shamil datang.          "Eh, kenapa ni?" Tanya Luqman.  ...