Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Ninja Muda Sekolah 2

Bab 2 : Hari Malang Zahin    Semua murid bergerak ke kelas masing-masing. Amanda mengeluarkan buku teks Bahasa Inggeris, kemudian dia pergi ke meja Intan. Luqman, Imani, Hai kal dan Zahin duduk di dalam satu kumpulan.    "Hei, Faizal. Ikhwan tak datang ke hari ni? Tak nampak pun batang hidung." Tanya Faris kepada Faizal.     "Entahlah." Balas Faizal.     "Ikhwan tak datang. Bentan. Selepas sunat, esoknya naik motor." Kata Hisham.     "Oh, patutlah. Padan muka dia." Kata Faizal. Tiba-tiba, Cikgu Aishah masuk ke kelas.     Setelah selesai berjawab salam dan membaca doa, semua murid dibenarkan duduk.     "Ada murid baru, eh? Abang yang pakai songkok tu, siapa nama?" Tanya Cikgu Aishah.     "Muhammad Luqman bin Hakim." Jawab Luqman.     "Panggil apa?" Tanya Puan Aishah.      "Luqman."  Balas Luqman pendek.     "Sebela...

Ninja Muda Sekolah 1

Bab 1 : Budak Baru   Cuti sekolah sudah berakhir. Minggu persekolahan tahun 2017 sudah bermula. Sekolah Kebangsaan Taman Saujana kelihatan lengang. Hanya beberapa orang guru dan murid sahaja yang baru tiba di sekolah. Diantaranya ialah murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5.   "Mana murid-murid sekolah lain? Kosong je." Kata Aida. Aida merupakan murid kelas Tahun 6 Aktif. Dia meletakkan beg sekolahnya di dalam kelas lalu dia pergi ke kantin untuk membeli makanan.Tiba-tiba, dia terasa bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh ke belakang lalu melihat Zaireen. Zaireen ialah pengawas sekolah. Dia juga murid kelas Tahun 6 Aktif. Kawan-kawan memanggil Zaireen dengan nama Zai.    "Zai rupanya, saya ingat siapa tadi. Selamat pagi." Ucap Aida.    "Selamat pagi." Balas Zaireen pendek.    "Seronok tak bercuti? Awak pergi mana?" Tanya Aida.    Mereka berbual mengenai cuti sekolah bulan November dan Disember. Kemudian, Adriana, Saleha dan Int...