Bab 3 : Persahabatan Bermula Setelah tiga minggu Teenagers bersekolah di SK Taman Saujana, mereka semakin popular di sekolah. Semakin ramai pelajar yang mahu berkawan dengan mereka. Ini menyebabkan Shadow Fighters iri hati dan tertekan. "Ini semua korang punya pasal !" Jerit Shamil kepada Alif, Afiq dan Hakimi semasa mereka berada di hadapan pintu pagar sekolah. "Kau ni, Afiq. Tak boleh diharap. Dengan Zahin, budak yang kurus kering macam cicak kobeng tu pun kau kalah." Kata Shamil lagi. "Apa pula? Ini semua salah Hakimi lah." Bantah Afiq. "Hei." Hakimi menarik muka masam. "Apa, betullah? Kau tu tak pandai berlawan dan tak kuat macam aku." Afiq berlagak sambil mengangkat lengannya gaya menunjukkan otot. "Berlagak, hei, aku ni, walaupun tak kuat. Aku berguna juga tau. Aku pandai. Tahu nak buat apa bila susah." Kata Hakimi. Mereka terus ber...