Mesej Penulis : Baik, bab 7 belum siap lagi, jadi untuk buat blog ni tak kosong, bacalah cerpen ni. Bab 7 akan siap dalam masa beberapa hari. Enjoy! Pulang lah - Cerpen Teenagers Nama aku Zahin. Aku berumur 18 tahun. Ok, mungkin agak runsing, kerana dalam novel aku 11 tahun. Ok, ini cerita mengenai bila Teenagers besar, ok? Ada banyak benda dah berubah. Salah satunya, Zamir. Tahu kenapa? Dia dah pergi. Dia dah keluar dari rumah kami. Korang semua tahu bila dan kenapa? Mari aku ceritakan. 2 tahun lepas... Aku, Luqman dan Haikal berumur 16 tahun. Zamir 10 tahun, dia meningkat remaja, jadi, perangai dia berubah sedikit. Dia selalu mengelak daripada aku dan dia tak macam selalu. Tak seperti dia berumur 5 tahun dahulu. Aku rasa sedih dengan perangai dia. Pergi sekolah pun dia macam selalu duduk sendirian. Hal sekolah dia aku tak tahu sangat sebab aku di asrama. MRSM. Sehinggalah pada satu malam, kami buat misi bersama-sama. Yalah, ingat kami ini apa...